Wednesday, February 17, 2016

Siapa kita untuk tentukan?


"Hajar, doakan kita kuat tau"
"Aisyah, kenapa ni?"
Tak semena Aisyah memeluk Hajar dan menangis.
"Sabar Aisyah, sabar. Allah sedang mengajar Aisyah dengan caraNya tersendiri."

Setelah nangis Aisyah sudah reda, Hajar bertanya "Aisyah dah ok?"
Aisyah menangguk, "ok sikit".
"Hajar ada je kat sini kalau Aisyah nak cerita. Im your bestfriend lillah, insyaAllah"

Aisyah memulakan ceritanya dengan nada sebak, "Permulaan perjalanan hari bahagia Aisyah tak jadi". Tersekat-sekat suaranya menyambung cerita. "Keluarga belah sana nak orang kampung dia juga. Aisyah sedih, Hajar. Kecewa pun ada"

Hajar mendengar semua cerita Aisyah. Lalu, Hajar berdoa di dalam hati, "Ya Allah, aku berkawan dengan Aisyah keranaMu, maka ilhamkanlah aku kata-kata untuk menenangkannya, ilhamkanlah aku kata-kata untuk menguatkan keyakinannya padaMu"

Aisyah,
kita kan dah istikharah?
dengan doa ni
"Sekiranya urusan ini mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan dan kemudian redhailah aku dengannya"

Allah tahu, Aisyah. Allah tahu apa yang akan berlaku pada kehidupan kita di masa hadapan.

Allah jadikan perjalanan hari bahagia berhenti di sini, sebab Allah tahu ia akan mendatangkan keburukan pada kehidupan Aisyah di masa hadapan.

Allah cancelkan perjalanan hari bahagia ketika ini, sebelum kedua-duanya diikat denga mitsaqan ghaliza, sebelum sebuah keluarga dibina, dan sebelum dikurniakan anak-anak.

Allah tahu, Aisyah. Allah tahu.

Ingat Aisyah,
Siapa kita untuk tentukan semuanya?
Siapa kita untuk kata, aku mahu jalan hidup aku sebegini?
Siapa kita?

Seorang mukmin yang 100% meletakkan kebergantungganya dengan Allah, tidak akan pernah ada perasaan kecewa dan sedih apabila sesuatu berlaku.

Sebabnya seseorang mukmin itu yakin yang perjalanan kehidupannya Allah sudah tentukan. Sebab seorang mukmin itu yakin jika kebahagiaan tidak diniatkan kerana Allah, ianya tidak akan kekal.

Ingat Aisyah,
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Bila ibu bapa dia redha pada dia dengan keputusan ini, InsyaAllah Allah akan redha pada dia. Dan secara tidak langsung, Allah juga meredhai Aisyah kerana menerima keputusan ini.

Aisyah, pengorbanan ini tak kan sia-sia kalau kita faham tanggungjawab kita sebagai anak sulung, kalau kita faham kita berkorban untuk melihat orang lain bahagia. Dan apatah lagi orang lain yang kita nak bahagiakan itu adalah ibu bapa kita sendiri.

Aisyah, berdoalah banyak-banyak. Berdoalah bukan untuk diri Aisyah sahaja, tapi untuk diri dia juga, dengan doa
"Ya Allah ubatilah luka hati ini, peluklah diri ini dengan kasih sayangMu yang tak pernah berhenti untuk hamba-hambaMu. Kuatkanlah keyakinan kami bahawa Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui. Kuatkanlah keyakinan bahawa Engka Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami"

Dua-dua menangis, Hajar dan Aisyah.
Hajar menguatkan Aisyah. Aisyah menguatkan Hajar.

Anandito Dwis - Mencintai Kehilangan.



No comments: