Friday, February 5, 2016

Harapan Sakinah






"Pemahaman dan Pemikiran benda pertama, Hajar"

"Kita boleh je nak pilih siapa-siapa. Bila nenek kita jodohkan kita dengan yang tu, dengan yang ni, kita boleh je nak terus kata ya, lagi-lagi dengan umur kita sekarang. Tapi sebab kita tahu cerita 7 tangga dan faham habis tangga tu nak capai apa, kita takleh nak simplify rumah tangga kita macam orang biasa"

"Start dari kita dicelup dengan cat Ini Sejarah Kita dan seterusnya, kita macam ada tangungjawab lebih. Kita takleh nak fikir diri kita sendiri. Kita kena fikir besar dan jauh. Apa yang boleh kita sumbangkan pada masyarakat dari rumah tangga kita ni?"

"Faham tak macam mana rumah tangga kita boleh menjadi insprasi pada orag lain? Orang lain tu boleh jadi adik beradik, adik ipar, pakcik makcik, jiran sebelah rumah, kawan-kawan, sepupu sepapat. 

"Mungkin kita tak perasan, by inspiring others tu dah dianggap sebagai Dakwah Fardhiyah."

"Walaupun kita sendiri tahu kahwin tu takdala selalu bahagia. Ada pasang surut. At least, pemahaman dan pemikiran sama akan memudahkan macam mana kita nak sama-sama bina rumah tangga yang akhirnya boleh memberi nilai-nilai postif pada masyarakat."

"Pahala banyak tu"

-------

Dalam kehidupan rumah tangga, suami dan isteri berharap bisa saling memberikan dan mendapatkan cinta. Mereka bertemu dalam rumah tangga kerana cinta, juga menapaki hari-hari panjang dalam kehidupan berumah tangga dengan cinta. Mereka bekerja dan berusaha demi cintanya kepada pasangan hidup dan anak-anaknya. Sungguh sangat indah sebuah rumah tangga yang dihiasi oleh cinta.

Akan tetapi, tidak selamanya harapan menjadi kenyataan. Bahkan, dalam beberapa keadaan, harapan ideal terhadap kondisi rumah tangga adalah awal permasalahan yang amat besar. Karena sebelumnya, mereka membayangkan hal-hal ideal yang akan ditemukan setelah rumah tangga. Maka tatkala menemukan kondisi yang tidak seperti diharapkan di kemudian hari, kekecewaan mereka pun menjadi berlebihan. Seseorang bisa frustasi dalam menjalani hdup berumah tangga, kerana bayangan ideal mengenai rumah tangga tak pernah menjadi nyata.

Akan tetapi, layakkah anda takut untuk memiliki harapan ideal kerana takut mengalami kekecewaan fatal? Anda yang takut mengalami kekecewaan adalah hal yang amat wajar. Namun takut memiliki harapan ideal adalah tindakan yang amat tidak rasional. Jika hidup anda tidak mempunyai harapan, anda telah mati sebelum saat kematian tiba. Tetaplah memiliki harapan, kerana dengan itu kehidupan menjadi bermakna. Ada sesuatu yang ingin anda raih dalam hidup, dan itulah harapan.

M/surat xiv - xv
Di Jalan Dakwah Ku Gapai Sakinah
Cahyadi Takariawan
Era Intermedia

No comments: