Monday, July 20, 2015

nak duit raya ke?






Raya pertama memberi duit raya pada adik-adik dan sepupu. 

Allah. 
Terasa benar. 
Cepatnya masa berlalu. 
Yang muda makin dewasa. 
Yang dewasa makin tua. 
Dan
Bagaimana amal kamu, jiwa?  

Berbalik kepada cerita duit hari raya tadi, saya berikan mereka soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu. 
Antara soalannya :
1- Tasmi’ 10 ayat pertama surah AlKahfi. 
(Memandangkan raya tahun ini jatuh pada Hari jumaat)
2- Tasmi ’ 10 ayat pertama surah Yasin. 
3- Bacakan surah Al Fatihah.  
4- Bacakan surah An Nas
5- Bacakan surah 3 qul. 
6- Siapakah nama nabi kita? 
7- Berapakah orang anak-anak nabi Muhammad? 
8- Satu tambah satu berapa? 
9- Sepuluh kali dua berapa? 
10- Berapakah rukun iman? Rukun islam? 

Soalan yang mudah mudah sahaja yang saya berikan. Sesuai dengan latar belakang pendidikan mereka. 

Niat saya bukan mahu membuli, atau kedekut untuk memberi. Cuma saya suka menjadikan ia satu game. Yang secara tidak langsung mereka akan tahu, seberjaya mana pun akademik dan kerjaya kita, jangan dilupa asas agama Islam ini.

Ikhlas dalam memberi

___________

Eidul Fitri Dua Puluh Empat
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Taqabbal Ya


No comments: