Tuesday, July 7, 2015

Yang Baik Yang Berjaya



Di 10 Ramadhan yang terakhir ini.
Tanyalah diri
Bagaimana iman kita?
Bagaimana taqwa kita?

-------

Dah besar besar sebegini,
Eidul Fitri tidak terasa.
Apabila ditanya baju raya dah beli? Warna apa?
Rasa sayu di hati.
Bukan kerana tidak gembira dengan kedatangan Eidul Fitri.
Cuma bersedih hati kerana Ramadhan akan berlalu pergi.

Dah besar besar sebegini.
Kita sedar.
Dosa kita makin banyak.
Pahala kita makin kurang
Hati kita makin lalai.
Dengan cinta dunia.

Dah besar besar sebegini.
Lebih menghargai Ramadhan.
Allah hadiahkan kita peluang untuk berdoa
Untuk harapan dua lima.
Untuk syurga
Untuk 'afuun dosa

Kalau campak belakang
Segala dosa kita
Allahu banyaknya benda
Yang kita buat tapi Allah tak suka
Allahu banyanya benda
Yang kita buat ikut nafsu semata

---------

Untuk awak si uzur.
Muraja'ah lah
Zikirlah
Tadabburlah

Zikir Hasbi Rabbi
(Zikir kegemaran saya, sebab ada bunyi angklung)

---------

Geram apabila pemimpin bermain dengan wang. Keluar sini. Masuk sana.


Sabar Sabar, Ramadhan ni.
Nak sabar apanya, kalau Korupsi depan mata.
Berdiam diri adalah selemah-lemah iman.
(Haa, amek hadis)

Sabar Sabar. Lailatul Qadr ni.
Banyakkan berdoa.
Apakah Allah nak bagi peluang pakcik DSAI saya?
(Haa, kita tak tahu)

Setelah tiga tahun berlalu, sekarang baru terbongkar.
Apa citer beb?
Nampak tak betapa nak Nahi Mungkarnya Ambank Founder tu?
Last sekali kena tembak pom mati.
Kita Nahi Mungkar apa?

Detektif Conan, muncul lah kau.


---------------

Penukaran nama blog
Dari akuharapanummah kepada baikberjaya, moga kerana Allah.

Yang Baik, Yang Berjaya,
Moga awak baik untuk ummah!
Moga awak berjaya untuk ummah!

dan
Moga awak lebih matang dalam menginterpretasi makna ummah!

Ummah adalah worlwide.
Baik awak worlwide
Berjaya awak worlwide

InsyaAllah.

--------------


No comments: