Tuesday, July 28, 2015

Dejavu Politik


28 Julai 2015

Dejavu Politik. Cerita 17 tahun lalu ditayangkan semula. Bagaimana seorang PM berkuasa melucutkan jawatan TPM, merombak kabinet dan melantik menteri yang baru, tanpa persetujuan Dewan Rakyat.

Jika dulu, pada tahun 1998, Dato Seri Mahathir Mohamad (DSMM) melucutkan jawatan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan kini, pada tahun 2015, Dato Seri Najib Razak (DSNR) melucutkan jawatan Dato Seri Muhyidin Yasin (DSMY).

Jika dulu, DSMM tercabar dengan kewibawaan DSAI dalam menyelesaikan beberapa masalah negara seperti Krisis Ekonomi, dan kini, DSNR tergugat dengan kehadiran DSMY yang tahu rahsia berkaitan 1MDB dan perbelanjaan lain.

Ya, cara yang paling mudah untuk menangkis pihak lawan daripada terus maju adalah, anda men"checkmate" mereka dahulu. Makan mereka sebelum mereka makan anda.

Politics, its a game.

--------

Pertanyaan yang saya tanyakan pada umi ketika iftar tadi,

Umi, sama tak perasaanya dulu dan sekarang?

Lain. Kalau dulu, bila DSAI dilucutkan, semua rumah kosong, pergi berhimpun dan bersorak tunjuk semangat yang padu rrrrrrreformasi.

Kalau sekarang, setakat geram dengan DSNR dan kesian sikit jelah dengan DSMY.

Bezanya adalah sebab dulu, ianya adalah gerakan rakyat! DSAI ada di hati semua orang. Kefahaman yang DSAI ada membuatkan dia tahu apa yang nak diperjuangkan! Dan dia mengajak semua orang untuk turut serta dengan apa yang diperjuangkan!

iaitu KEADILAN.

---------

Keadilan adalah satu isu yang semua orang boleh terima, samadaa dia berbangsa melayu, cina atau india atau muslim atau non muslim.

--------

Sama seperti Umar Abdul Aziz memperjuangkan keadilan untuk semua rakyatnya sehingga tiada yang fakir miskin.

Sama seperti Rasulullah memperjuangkan keadilan untuk wanita, apabila wanita diangkat martabatnya ketika Islam tersebar.

Sama seperti Zainab AlGhazali memperjuangkan keadilan untuk risalah Islam yang beliau yakini, walaupun digigit anjing ganas di dalam penjara.

Sama seperti Hasan AlBanna memperjuangkan keadilan melawan kezaliman Kamal Al Tarturk!

--------

Keadilan, ia adalah prinsip Islam yang tak lapuk dek zaman!
Oleh itu, kita harus perjuangkan ia!

--------

Ya Allah menangkan haq (kebenaran) dan tumbangkan batil (kezaliman). 

--------

Tarbiyyah itu menggerakkan.

Selamat berjaya memberikan kesedaran kepada semua orang, bahawa tarbiyyah ini mengerakkan!

Sebagaimana kita berusaha,memberi kesedaran kepada orang ramai tentang Cinta Allah dan Rasul, tentang Palestin dan Boikot Israel, sebegitu juga, kita harus berusaha memastikan bahawa semua orang cakna tentang isu politik di Malaysia.

--------

Jika kita berani berdemontrasti tentang Mursi dan Sissi,
ayuhla kita berdemosntrasi
untuk reformasi
negara kita sendiri.

------

Untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 1991 dan keatas. Mudah-mudahan dengan cerita ini, anda semua dapat merasa bagaimana cerita 17 tahun lalu direwind semula.

Rasakan bagaimana keadilan dan kebenaran dipijak sesuka hati, dan ketidakadilan kezaliman diangkat dijulang gah!

Rrrrrasakan

Rrrrreformasi ini!


------------

Damai
Jaringan Nadi Darahku
Takku Dengar Lagi Seteruan

Damai
Jaringan Dengup Jantungku
Cuiriga Sengketa Tinggalkan
Berkorban Untuk semua

Cinta Damai
Adil Saksama
Sejahtera Selamanya

Teratak by Anwar Ibrahim


No comments: