KONVOI RUMAH IBADAT 2013 @Seremban
(Ada sedikit penambahan hujah ana disini)
Bismillah. Jazakillah diatas penerangan ukhti yang ana kira sangat mantap.
Bismillah. Jazakillah diatas penerangan ukhti yang ana kira sangat mantap.
Ya, ana setuju melayu adalah golongan majoriti, dan bangsa lain adalah minoriti, tetapi itu hanya di kawasan SEMENANJUNG sahaja, tidak di kawasan Sabah dan Sarawak. Sabah, majoritinya adalah Kadazan Dusun, dan Sarawak majoritinya adalah Kaum Dayak.
Isunya yang pertama, kalau kita guna bangsa Melayu sahaja sebagai wasilah dakwah, ana kira itu tak menepati kaedah dakwah yang betul (KESYUMULAN ISLAM).
As-syahid Imam Hasan Al-Banna dalam usul isyrinnya yang pertama,
اَلإِسْلاَمُ نِظَاْمٌ شَاْمِلٌ يَتَنَاْوَلُ مَظَاْهِرَ اْلحَيَاْةِ جَمِيْعًا فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ حُكُوْمَةٌ وَأُمَّةٌ
"Islam adalah MENYELURUH, mencakup semua bidang hidup. Islam adalah NEGARA dan watan, atau pemerintah dan UMMAT"
Coverage Melayu hanya terhad di Semenanjung sahaja, walhal di Sabah dan Sarawak, Melayu hanya golongan minoriti. Jika kita fokus dakwah ini pada Melayu sahaja, ia hanya relevan di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak di kawasan lain. Dan ia satu pendekatan yang terhad dan tidak global sedangkan seperti yang ana faham, Islam itu adalah agama yang syumul, negara (daulah) iaitu yang tidak rigid pada Melayu dan Malaysia sahaja tetapi seluruh negara. (bukan qaumiah).
Jika kita masih menggunakan coverage Melayu, coverage itu tidak wujud di Indon, Kemboja, Bangkok, Singapore, India, mahupun Mesir. Tetapi jIka coverage ISLAM digunakan, secara automatik, sesiapa sahaja yang bernaung di bawah islam, tidak kira dia dari Kazakhstan@Australia@Chinese Muslim@Indian Muslim, dia adalah ISLAM dan akan merasakan ASLIM TASLAM, iaitu Terimalah Islam Nescaya Kamu SELAMAT dan SEJAHTERA.
# Moment berjumpa dengan Auntie dan Sister di Masjid Tertua China, Niujie Mosque, dan terserempak dengan Brother dan Sister dari Kazakhastan di Wangfujing Street, Beijing China masih segar dalam ingatan ana. Salam Assalamualaikum itulah kalimah pertama yang terpacul di bibir bila kami berjumpa. Bukankah itu sudah menunjukkan bahawa kita bersama kerana ISLAM. Kita bertemu kerana ISLAM. Dan kita dapat merasakan keimanan yang sama kerana ISLAM, iaitu agama yang anti dan ana anuti.
# Mempunyai keluarga angkat di Sabah yang bukan berketurunan Melayu, tetapi Kadazan-Dusun yang telah memeluk agama Islam menunjukkan bahawa Melayu itu bukan prioritinya. Bukan bangsa yang perlu yang perlu kita lihat. Tetapi agama ISLAM itu sendiri, yang bersifat universal. Jangan rigidkan dan jangan limitkan ia.
# Mempunyai keluarga angkat di Sabah yang bukan berketurunan Melayu, tetapi Kadazan-Dusun yang telah memeluk agama Islam menunjukkan bahawa Melayu itu bukan prioritinya. Bukan bangsa yang perlu yang perlu kita lihat. Tetapi agama ISLAM itu sendiri, yang bersifat universal. Jangan rigidkan dan jangan limitkan ia.
Isunya yang kedua, selama 57 tahun kita merdeka, yang pemimpinya adalah MELAYU, yang politiknya adalah MELAYU, tetapi KENAPA keadaan di Malaysia semakin gawat? Masih di takuk yang lama? Dari segi Ketelusan Rasuah? Kos Sara Hidup? dan Transparansi?
Yang miskin semakin miskin. Yang kaya semakin kaya. Dahulukan tender@projek pada kroni-kroninya dahulu. Bagi kroni kaya. Inter Circle. BRIM yang kerajaan bagi, itu hasil dari tax yang private company bayar tiap-tiap tahun. Itu hasil dari cukai pendapatan yang guru pun kena bayar. Bukankah Malaysia mempunyai sumber minyak tersendiri? Tapi kemana ia digunakan?
#Anti, ana nampak situasi ini berlaku sendiri, sebab ana belajar di USIM iaitu di negara ana tercinta dan keluarga ana bekerja bukan dalam government sector tetapi private sector. Berdepan dengan kerajaan, berdepan dengan supplier China, berdepan dengan staff India.
#Supplier China : Hayya. I manyak pening ma dengan kerajaan sekarang. I mahu itu BN cepat turun. Rasuah itu. Rasuah ini. Bagi projek sama kawan-kawan dia saja. Susahla kita mahu cari makan. I tarak kesahla kalau Pas mahu jadi taiko. Mahu buat itu Hudud, potong tangan. I lagi suka maa. Negara pun aman. You tengok malam-malam, takut oo mahu keluar. Ramai orang jahat.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Siapa rakyat? Analah rakyatnya. Yang Melayu Muslim ini.
#Supplier China : Hayya. I manyak pening ma dengan kerajaan sekarang. I mahu itu BN cepat turun. Rasuah itu. Rasuah ini. Bagi projek sama kawan-kawan dia saja. Susahla kita mahu cari makan. I tarak kesahla kalau Pas mahu jadi taiko. Mahu buat itu Hudud, potong tangan. I lagi suka maa. Negara pun aman. You tengok malam-malam, takut oo mahu keluar. Ramai orang jahat.
Sekiranya kita ada harta dan tanah yang ingin diuruskan, dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya, seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus, pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus.
Sila lihat dari kaca mata ZALIM (tidak menunaikan hak yang sepatutnya). Seorang pemimpin MELAYU yang MUSLIM tidak menunaikan hak rakyat. Dapat duit yang sebenarnya diperuntukkan untuk rakyat, tetapi menggunakan duit tersebut untuk membesarkan rumah, berparti sakan, melancong sana sini, berbelanja itu dan ini, dan mengkayakan kroni (kaum kerabat). Dan akhirnya, tindakan pemimpin yang MELAYU MUSLIM itu tadi memberi kesan yang amat perit pada rakyat. Rakyat yang tertindas, rakyat yang perlu mengeluarkan duit sendiri untuk terus hidup walhal kerajaanlah yang sepatutnya memberikan duit tersebut kepada rakyat, supaya dapat diringankan sedikit beban.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Siapa rakyat? Analah rakyatnya. Yang Melayu Muslim ini.
Wallahualam. Ini pendapat ana.
Ini apa yang ana dan family ana lalui sendiri.
Ini apa yang ana dan family ana lalui sendiri.
Mungkin pemahaman usul isyrin kita berbeza.
Mungkin pendirian kita juga berbeza.
Mungkin juga pengalaman kita berhadapan dengan masyarakat berbeza.
Masing-masing ada target mareket tersendiri.
Aasif untuk sebarang khilaf, ukhtifillah. Aasif. Aasif. Aasif. Aasif. Aasif. Aasif.
Allah. Allah. Allah. Jagalah hati kami sentiasa.
Jika tiada kesempatan bersama di dunia, kita harapkan halaqah di syurga kelak
(ukhtifillah @As-Saidiyyah dan Hira')

No comments:
Post a Comment