Friday, March 29, 2013

seminggu


(dengar ini dulu)



Kadangku merasa bimbang
Berada didunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Dijalan dakwah panjang


Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi


Hanya kerana memikirkan
Nafsu dunia yang fana


Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih cuba membimbingku

..........

Bangi ; Ana stress. Give up. Penat. Momentum ana hilang. Hilang entah kemana. Hanya jasad yang tinggal. Hammasah ana hilang dibawa virus. Dan akhirnya ana terlantar disini. 

(hammasah=semangat)

...........

Kemaman ; Ukht, ingin benar ana merasai nikmat bersahabat selagai mana masa tidak mencemburui, selagi mana belum berkeluarga. Nikmat bersahabat itu memang manis, banyak kali mak ana cerita, waktu bujang bersama sahabat-sahabatlah yang paling manees.

Bangi ; Enti jangan menggedik sangat nak berkeluarga kalau bukan ana yang jadi pengapitnya ek! 

Putrajaya ; Enti tak mau balik gaduh dengan ana ke? Ana nak tahu enti kuat tak nak maen tendang-tendang dengan ana?

Merliamu ; Awak, rindulah.

...........

Kemaman ; Knowledge is a light. I complain to my master, about my BAD MEMORIZATION. He guided me to leave the bad deeds (MA'SIYAH). And he tought me that knowlegde is a LIGHT. And the light will not be given to the doer of ma'siyah.

Serenity ; Relax lah. Hold a degree, for your future.

Kemaman ; Hanya tinggal setahun lebih untuk kita berjasa di USIM, ukht. Then, ummat sangat-sangat memerlukan kita. 

..........

Bangi ; Enti kata ana mampu? Macam mana enti tahu ana mampu sedangkan ana sendiri pun tengah mencari-cari "mampu" itu?

Putrajaya ; Ukht, please jangan rasa untuk berhenti. Ana tahu enti mampu. Tak perlu untuk ana kata, tapi DIA Maha Mengetahui segalanya.

Merlimau ; Jaga diri ea awak. ALLAH tahu awak kuat.

..........

Allah sedang menguji kau dengan virus futur, virus yang paling bahaya bagi jiwa! Virus yang menghalang kau untuk terus bersemangat di jihad ta'lim dan jalan kebaikan ini! 

Setelah bertahun-tahun kau cuba mengagahkan diri, dan akhirnya seminggu kau tersungkur! Seminggu itu waktu yang sangat lama kau tahu?! Kerehatan bagi seorang daie adalah kelalaian baginya!

Selama tujuh hari, kau meninggalkan segalanya. Selama tujuh hari, kau mencari sesuatu. Kau jumpa tak? Aku tanya ni. Kau jumpa tak?

Kembalilah ke jalanNYA yang satu
Kembalilah ke jalanNYA yang satu
Kembalilah ke jalanNYA yang satu
Itulah ubat bagi virus futur ini.

No comments: