Saya jujurnya kagum dengan ikhwah akhawat yang belajar di institusi pengajian tinggi tempatan, baik awam atau swasta. Mengapa? Di sebalik kesibukan aktiviti-aktiviti universiti seperti kelab dan persatuan, acara itu dan ini dan entah berbagai tok nenek lagi program yang ada (kadang-kadang tu kesian pon ada, sebab mereka dilayan macam-macam budak sekolah..! Err.. Persatuan Puteri Islam masih adakah..? Ekekek..), mereka masih boleh aktif dengan aktiviti-aktiviti tarbiyah dan dakwah! Masha-Allah!
Itu belum lagi dikira dengan jadual kelas dan kuliah harian mereka yang mengalahkan waktu bekerja! Juga esainmen dan beraneka tugasan yang dicampakkan pada pundak mereka. Namun berkat taufiq dan bimbingan dari langit, mereka masih mahu dan kuat untuk bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini.Saya kagum! Dan pada masa yang sama, saya berasa malu dengan diri sendiri!Untuk ikhwah dan akhawat yang belajar di obesi, antum punya kelebihan dari segi masa dan kewangan. Maka betapa zalimnya antum, andai antum berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja melaksanakan tugas-tugas Syahadatul Haq yang telah diamanahkan kita semua.Antum sepatutnya jauh lebih laju dan maju daripada mereka yang diberi peluang belajar di obesi, kerana antum punya banyak kelebihan dan kekuatan yang tidak ada pada orang lain. Maka apabila antum bermain tarik tali dan jongkang-jongket dengan dakwah ini, tunggulah masanya azab Allah membinasakan golongan yang baik.Di Mahsyar nanti antum akan ditanya, "Mengapa kamu tidak bersungguh dan seriyes dengan perjuangan ini, sedangkan mereka yang tidak Aku kurniakan kelebihan dan nikmat sepertimana yang Aku kurniakan pada kamu, mampu melakukannya jauh lebih baik dan ikhlas..?"Gulp.Ayuh kita bersungguh-sungguh dengan tarbiyah dan dakwah ini! Peluang ini tidak datang selalu! Dan pastinya bukan kebetulan kita telah dipilihNya untuk menggalas amanah ini!Aiwah!Itu belum lagi dikira dengan jadual kelas dan kuliah harian mereka yang mengalahkan waktu bekerja! Juga esainmen dan beraneka tugasan yang dicampakkan pada pundak mereka. Namun berkat taufiq dan bimbingan dari langit, mereka masih mahu dan kuat untuk bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini.
Saya kagum! Dan pada masa yang sama, saya berasa malu dengan diri sendiri!
Untuk ikhwah dan akhawat yang belajar di obesi, antum punya kelebihan dari segi masa dan kewangan. Maka betapa zalimnya antum, andai antum berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja melaksanakan tugas-tugas Syahadatul Haq yang telah diamanahkan kita semua.Antum sepatutnya jauh lebih laju dan maju daripada mereka yang diberi peluang belajar di obesi, kerana antum punya banyak kelebihan dan kekuatan yang tidak ada pada orang lain. Maka apabila antum bermain tarik tali dan jongkang-jongket dengan dakwah ini, tunggulah masanya azab Allah membinasakan golongan yang baik.
Di Mahsyar nanti antum akan ditanya, "Mengapa kamu tidak bersungguh dan seriyes dengan perjuangan ini, sedangkan mereka yang tidak Aku kurniakan kelebihan dan nikmat sepertimana yang Aku kurniakan pada kamu, mampu melakukannya jauh lebih baik dan ikhlas..?"Gulp.Ayuh kita bersungguh-sungguh dengan tarbiyah dan dakwah ini! Peluang ini tidak datang selalu! Dan pastinya bukan kebetulan kita telah dipilihNya untuk menggalas amanah ini!Aiwah!
-Angel Pakai Gucci-
Besh kan jadi mereka yang dapat study oversea. Waktu cuti tak perlu balik Malaysia. Dapat jalan-jalan. Jaulah sana sini. Jumpa sisters sini. Jumpa sisters sana. Banyak betul duit mereka. Kita ni? Terkedek-kedek berkira duit setiap bulan. Setiap kali dapat duit, tolak siap-siap duit rumah sewa, duit minyak dan tol untuk kuda hitam, topup handphone, yuran pengajian, saving "Tabung Haji", saving "Cita-Cita & Masa Hadapan", duit "Tabungan DnT", duit buku, duit makan, dan yang tinggal hanyalah beberapa ciput je untuk luxury.
Belajar untuk qanaah.
Belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Sesusah-susah kita, ada orang yang lagi susah.
Kata ummi,
Nak lebih-lebih, tunggulah kerja.
Nak jalan sana sini, tunggulah kerja.
Kalau nak, usaha sendiri, guna duit sendiri.
Kata along,
Baiklah.
(kepala diangguk-anggukkan)
.png)
No comments:
Post a Comment