Sunday, November 29, 2015

Pesanan


                           


Pesanan untuk kau ketika kau sudah mempunyai anak-anak.


Satu.
Jangan pernah kau tinggalkan doa khusus untuk tiap anak-anak kau. 
Jika kau ada anak lima, kau harus ada lima doa.

Pastilah, ketika anak kau masih kecil ragamnya lagi mudah untuk diurus, manakan tidak, ketika itu umur kau masih muda, tenaga kau masih kuat dan cita-cita didikan kau masih utuh. 

Lama-lama kelamaan, apabila anak kau sudah dewasa, Allah menguji semangat cita cita didikan kau. Ragam mereka lebih memakan jiwa. 

Saat itu, kau harus bermain dengan seni psikologi. Aku berharap, kau tidak samakan didikan ibu ayah kau pada kau dengan didikan yang akan kau gunakan pada anak-anak kau. Anak-anak kau berada di satu zaman yang memerlukan seninya tersendiri. Seni apa? Setiap anak ada keunikannya, dan kau harus mencari seni yang sesuai dengan keunikannya. 


Dua
Rumah yang kau bina bersama harus menjadi rumah yang penuh dengan didikan dan kasih sayang. Mutabaah amal setiap ahli keluarga, Mathurat bersama di pagi hari, Tazkirah dari setiap ahli selepas solat berjemaah. Nampak cliche dan sukar, tapi ada nilainya di setiap satu amalan. (cth : skill menyampai tazkirah akan mengajar skill of communication dan menaikkan confidence level anak-anak). 


Tiga.
Seperti mana kau menjadi murabbi untuk orang lain, kau harus menjadi murabbi pertama dan selamanya untuk anak-anak kau.
Kau adalah murabbi untuk anak-anak kau. Ingat!

Empat.
Tidak semua orang sempurna. Suami isteri akan tergigit lidah dalam mencari kata sepakat. Berusahalah untuk tidak menampakkanya di hadapan anak-anak. Anak-anak kau akan mejadikan kau sebagai role model dalam kehidupan berkeluarga mereka yang akan datang, jika diizinkann. Anak-anak sedang kau memerhati kau dalam diam.

Berusahalah menjadi qudwah yang baik buat mereka.

Lima.
Sakinah Mawaddah dan Rahmah bukan sekadar pada tahun pertama perkahwinan. Tetapi berterusan pada tahun tahun seterusnya sehingga kau mempunyai menantu, cucu, cicit dan akhirnya pabila kau dikembalikan kepadaNya.

Sakinah Mawaddah dan Rahmah untuk bertahun tahun.

Berdoalah dan berdoalah,

Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.” 

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapa ku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.


------

Dahulukanlah ibu bapa kau.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Merekalah yang telah melahir dan membesar kan kau.
Jangan kau depankan cita dan cinta sehingga kau membelakangi harapan mereka.

Jika tiada, tidak mengapa.
Allah tahu apa yang terbaik.  


No comments: