Sunday, September 27, 2015

ingatan dua jiwa



di pertemuannya yang terakhir.

dia berpesan,
kau kawan aku lillah kan?

sekarang aku mahu kau ingatkan
bila sampai waktu itu

kau wajib 
ingatkan aku tentang berkah

kau wajib
ingatkan aku tentang bait ad da’wah

kau wajib
ingatkan aku tentang sebuah mimpi masa depan!
yang aku dan kau telah sama cita-citakan pada mula mula kita mengenali didikan!

jika aku terleka dengan materialistiknya persiapan sebuah majlis
kau wajib
goncang badan aku 
sedarkan aku 
dari bayangan perhiasan duniawi

katakan pada aku
kau mahu bina sebuah keluarga demi kelangsungan dakwah mu!

katakan pada aku
tangga ketujuh bermula dari bawah,
iaitu tangga kedua,
yang kau sedang menujunya
selepas tangga pertama

beberapa bulan sebelum
kau harus tanya
bagaimana bacaanku tentang baitud dakwah?

bukan ditanya
bagaimana persiapan majlisku
hantaran, baju, inai, tudung
bukan itu yang soalan yang aku mahu kau lontarkan, kawan lillah.

bila sampai waktu itu
kau harus tanya
tentang qiamku 
tentang mathuratku
tentang istighfarku
tentang tilawahku
pada pagi pernikahan

kerana aku mahu
dari mula ia bermula
berkah dari Nya selalu ada

bila sampai waktu itu
kau harus ingatkan
tentang hadaf majlis yang aku adakan 
tiada apa lagi
selain tetamu mendoakan dua jiwa ; aku dan dia

moga 
bila sampai waktu itu
keluarga besar dua jiwa merasa bahagia dan tenang
rakan rakan dua jiwa yang hadir merasa bahagia dan tenang
tetamu dua jiwa yang hadir merasa bahagia dan tenang
dan
dua jiwa yang disatukan itu juga merasa bahagia dan tenang

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum: 21)

No comments: