Tuesday, September 1, 2015

Bersih 4.0 Cipta Sejarah

(Kuasa rakyat. Tiada siapa boleh halang!)

Alhamdulillah, bahagianya hati penulis berkesempatan menjadi salah seorang daripada 250,000 gelombang kuning Bersih 4 yang membanjiri Kuala Lumpur pada dua hari lepas, iaitu pada 29 dan 30hb Ogos 2015. (5 hari selepas hari jadi penulis)

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah kerana memberi kekuatan tubuh badan pada penulis untuk berjalan jauh, Terima Kasih Allah kerana melembutkan hati ibu bapa penulis untuk membenarkan penulis ke sana. Terima kasih Allah untuk peluang ini! Terima Kasih.

Berikut adalah pandangan dan pemerhatian penulis sepanjang berada di sana :

--------
CERITA 1
DEMOKRASI

Malaysia adalah negara Demokrasi. Antara rukun demokrasi adalah rakyat mempunyai hak untuk bersuara (freedom of speech) dan memilih pemimpin yang layak untuk memimpin. Oleh sebab itu, Bersih adalah salah satu platformnya. Bersih adalah salah satu pushing factor untuk maklumkan pada mereka yang berada diatas sana, yang rakyat ini bukan senang untuk dipijak, bukan senang untuk ditipu.

Hai pemimpin, kalau awak nak buat sesuatu, awak kena tengok orang bawah. Awak kena tengok rakyat. Mana boleh awak buat keputusan sesuka hati. Keputusan awak tu fair ke untuk semua orang? Keputusan awak tu effective ke untuk rakyat? 

--------

CERITA 2
Gelombang Kuning ~ Inisiatif Sendiri
Ketika menunggu adik saya, mengambil kami berdua di KTM Serdang, saya disapa oleh seorang abang pemandu teksi (APT).
APT: Pergi Bersih ke dik?
HNN : Haa, macam tu lah bang. Hehe. 
(Mungkin kerana saya seorang sahaja yang memakai baju berwarna kuning di stesen menunggu teksi)

APT : Ramai ke orang melayu pergi?
HNN : Saya mencebik muka. Sikit je bang. Sikit sangat!
APT : Mesti ramai Cina kan?
HNN : Haah, bang. Bila saya masuk train, keluar train, toleh kiri, toleh kanan semua uncle auntie. Em sedih juga la hati saya ni.
APT : Walhal yang buat kezaliman, yang naikkan harga barang, yang songlap duit tu, orang melayu. Orang kita.
HNN : Tulah, bang. Sepatutnya kita ni lah yang fight habis-habisan. Sebab yang berakhlak tak baik itu, orang kita.
APT : Hurm. Abang sokong kita patut tukar.
HNN : Yeke bang? Abang sokong macam mana? 
(Saja saya nak memancing jawapan)

APT : Yela. Abang sebagai pemandu teksi ni terasa juga GST tu.
HNN : Services minyak hitam, tukar tayar macam tu ke?
APT : Tu ya juga. Sewa setiap hari naik RM 2. Dulu RM 52 je. Sekarang RM 54. Nampak je macam sikit, naik RM 2. Tapi cuba adik kira untuk setahun. Berapa dah tu.
HNN : Em. Betul lah tu.
APT : Macam mana adik boleh join Bersih ni? Ada orang bayar adik ke?
HNN : Eh tak tak, bang. Semua yang pergi Bersih ni atas inisiatif sendiri. Tak dapat duit. Takde dibayar. Semua atas kehendak diri, bang.
APT : Mana mana abang nak dapat baju ni? Abang nak beli satu la. Macam menarik.
HNN : Baju ni mak saya buatkan. Hehe.
APT : Patutlah muslimah. Lain dari yang lain. Cantik.
HNN : Kat sana ada jual bang. Macam macam design. Bersih ni 36 jam sampai besok malam. Bila-bila abang free, abang pergilah sana. Ada macam-macam aktiviti. Solat Hajat, Ceramah, Pidato.
APT : Oh yeke. Abang baru tahu. Nice info. Oklah dik, abang cari pelanggan dulu.
HNN : Ok bang, semoga murah rezeki. (sambil ibu jari tangan kanan saya diangkatkan).

--------
CERITA 3
Orang Melayu ~ Minda Kelas Ke Berapa?
Analisis diskusi meja makan kenapa melayu tak ramai turun? 
1. Balik kampung sebab isnin cuti laaa. 
2. Kenduri kahwin beb.
3. Sale merdeka tak kan ku lepaskan.
4. 50 50 Pas atau GHB. Kau bukan Islamis, kau senyap. 

5. I’m Government Servant. Kena jaga reputasi.
6. I’m still a student. Cuak weh dengan Auku. 
7. Skeptikal dengan, "heehle apa kebaikan bersih, aku tengok buat sepah, pukul orang, saje buat KL jem, soalan simple mana dana bersih dapat pun takleh jawab ke".
8. Haters gonna hate hate hate hate. Haha.

Meh saya nak bagitahu, yang no 7 tu, bukan demonstran yang buat, kadang-kadang SB atau haters yang menyamar menyokong Bersih yang buat, dan mereka suka sangat buat provokasi.
Bak kata Dr Muhaya, kita yang kawal minda kita. Kalau hate, hate jugaklah sampai ke sudah, walau diberi hujah.

--------
CERITA 4
Islamis ~ Dimana?
Hai Islamis, kita yang memilih dan membuat keputusan, samada kita yang mencorak, atau menunggu dicorak.

Bukankah bahagia, apabila yang memegang pentas pentas itu adalah kita? Kita yang mempunyai fikrah. Kita bicarakan tentang islam dalam bahasa cina, dalam bahasa india. Kita bicarakan tentang keadilan ketika zaman Rasulullah dan para sahabat.

Bukankah ianya peluang dakwah paling terbesar?

Tapi dimanakah kita? Kita hanya tahu judge dan condemn tanpa turun dan melihat. Allahu. Sedih melihat islamis sebegini. Dakwah bil hal anda dimanakah, ikhwah akhawat fillah?

---------
CERITA 5
Karekter Najasyi & Abu Talib
Untuk kita yang berjiwa besar, punya cita-cita besar, ‪#‎bersih4‬ adalah medan untuk kita tunjukkan dakwah ramah tamah kita. Kita nak create suasana yang muslim friendly, yang semua selesa dengan islam. Hanya yang fikir jauh boleh ke hadapan.



Lihatlah mereka dengan kaca mata kasih sayang. Bertindaklah dengan kaca mata kasih sayang. Berakhlak dengan kasih sayang.

Tidak salah untuk garang. Cuma berpada-padalah. Kadang-kadang kita yang melebih dalam meletakkan halangan atau barrier di hadapan kita, sehingga menjadikan kita seorang yang penuh berprasangka tidak baik, lebih lebih lagi pada non muslim.

--------

Saya yang mencintai Semenanjung Malaysia.
Saya yang mencintai Sabah.
Saya yang mencintai Sarawak.
Saya yang mencintai Malaysia!

Change for a better Malaysia!


(Gambar ini diambil ketika kami mahu balik dari perarakan Bersih 4 dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka)


#sabarjelahsiapayangakanhidupdengansayaya
#bakkataumiimasmartgirl
#becauseurthinkbeforeudo 
#soribebwanitapenakluknipeliksikit

No comments: