Thursday, February 5, 2015

CARI


Biarpun kau terjatuh
Biarpun kau tersungkur
Berjanjilah pada aku
Kau akan terus dan terus
Cari cahaya di mana kita bermula.

Menangis disebabkan stress nya kerja.
Menangis disebabkan
"Awak kena belajar, nanti awak kena handle semua ni. Ayah Mak awak dah 50 an"
Menangis disebabkan harapan ini berat.

Kenapa kau pergi
Di saat masih lagi
Aku perlukan kau disini

Saat kekuatan makin hilang, keyakinan makin rapuh.

Aku akan cari disini.

Kembalilah ke jalanNya yang satu


Sujud mengadu pada Allah
Dan bertanya
Kenapa aku, Allah?
Sedangkan kawan-kawan aku sedang gembira
Melakukan apa yang mereka suka

Dan aku dipaksa
Menjaga semua apa mereka sudah bangunkan
Selama 17 tahun


Sujud mengadu pada Allah.
Mencari jawapan
Membina keyakinan

Kau berikan aku cabaran
Kerana kau tahu, aku BOLEH boleh melalukannya bukan?

AlRahman dipasang
Buat penenang hati.

AlWaqiah didengar
Buat pemurah rezeki.

Kerja keras menguruskan akaun 8 buah syarikat ini untukMU, Ya Allah
Kerana akhirnya ianya untuk menyumbang buat ummah.
Kerana kewangan jemaah ada di dalam poket ahli-ahlinya.



Ikhlaskan  aku, Rabb.


No comments: