Friday, October 24, 2014

Repost : Coverage Islam vs Melayu

Menuju Negara Rahmah

------------------------------------------------------------

Bismillah.

21 bulan yang lepas, telah ada perbincangan ilmiah diantara saya dan kawan saya di facebook mengenai Melayu dan Islam. Perbincangan ini terhasil apabila saya berkongsi gambar mengenai Konvoi Rumah Ibadat di Seremban yang telah dianjurkan oleh Hidayah Centre Negeri Sembilan.

Kata kawan saya, orang Melayu adalah golongan majoriti di Malaysia. Maka orang Melayu ada haknya. 

Saya kata, 
Ya, Melayu adalah golongan majoriti. Dan bangsa lain seperti Cina dan India adalah minoriti, tetapi itu hanya di kawasan SEMENANJUNG sahaja, tidak di Sabah dan Sarawak. Seperti mana yang kita belajar sejarah ketika sekolah dulu, Malaysia ini terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Sabah, majoriti bangsanya adalah Kadazan Dusun, manakala di Sarawak, majoriti bangsanya adalah Kaum Dayak.


Maka adil kah untuk kita sama ratakan semua bangsa?


As-syahid Imam Hasan Al-Banna dalam usul isyrinnya yang pertama,

اَلإِسْلاَمُ نِظَاْمٌ شَاْمِلٌ يَتَنَاْوَلُ مَظَاْهِرَ اْلحَيَاْةِ جَمِيْعًا فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ حُكُوْمَةٌ وَأُمَّةٌ
"Islam adalah MENYELURUH, mencakup semua bidang hidup. Islam adalah NEGARA dan watan, atau pemerintah dan UMMAT"


Definisi Ummah itu pada siapa? Ummah untuk melayu sahaja atau ummah merangkumi semua bangsa? Inilah yang membezakan pandangan saya dan kawan-kawan saya di ISMA yang saya sayang kerana Allah.


Saya berpandangan bahawa Coverage Islam itu lebih penting berbanding Coverage Melayu.


Coverage Melayu hanya boleh didapati di Semenanjung sahaja, dan tidak di Sabah dan Sarawak, seperti mana coverage Celcom tidak dapat digunapakai di Ho Chi Minh, Vietnam dan Medan, Indonesia melainkan roaming.


Jika kita mengfokuskan dakwah ini pada Melayu, ia hanya relevan di Semenanjung Malaysia dan tidak di kawasan lain. Saya kira ia satu pendekatan yang terhad, bias dan tidak global sedangkan seperti mana yang saya faham, Islam itu adalah agama yang syumul, bukan berunsur qaumiah (perkauman) atau wataniah (kenegaraan) yang tidak rigid pada Melayu dan Malaysia sahaja. 


Jika kita menggunakan coverage Melayu, coverage ini tidak wujud di Indon, Kemboja, Bangkok, Singapore, India, mahupun Mesir. Tetapi jika coverage ISLAM ini digunakan, secara automatik, sesiapa sahaja yang bernaung di bawah islam, tidak kira beliau dari Kazakhstan atau Australia atau Chinese Muslim atau Indian Muslim, asalkan beliau beragama ISLAM, pastinya akan merasakan 

ASLIM TASLAM,

iaitu Terimalah Islam Nescaya Kamu SELAMAT dan SEJAHTERA.


Suka untuk saya kongsikan kenangan indah ketika saya mengembara di Beijing, China pada dua tahun lepas. Moment berjumpa dengan Auntie dan Sister yang bermata sepet di Masjid Tertua China, Niujie Mosque dan terserempak dengan Brother dan Sister dari Kazakhastan di Wangfujing Street masih segar dalam ingatan saya.

Salam Assalamualaikum itulah kalimah pertama yang terpacul di bibir bila kami berjumpa. Bukankah itu sudah menunjukkan bahawa kita bersama kerana ISLAM. Kita bertemu kerana ISLAM, dan kita dapat merasakan keimanan yang sama kerana ISLAM, iaitu agama yang saya dan kamu yakini, bukan bangsa dan negara yang berbeza-beza.



Mempunyai keluarga angkat di Kg. Libang, Ranau, Sabah yang bukan berketurunan Melayu, tetapi Kadazan Dusun juga menunjukkan pada saya bahawa Melayu itu bukan prioritinya. Bukan bangsa yang perlu yang perlu kita lihat. Tetapi agama ISLAM itu sendiri, yang bersifat universal.

Jangan rigidkan dan jangan limitkan ia, kawan.


Yang terakhirnya, saya mengambil ayat ke-lapan dari surah Al-Maidah sebagai peringatan untuk kita semua.

"Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” 

Kalau "mereka" salah, jangan dihukum tetapi diterangkan secara baik kenapa ia salah. Inilah yang dikatakan menegakkan keadilan dan menerangkan kebenaran. 

Mereka yang saya maksudkan disini adalah, mereka yang belum beragama Islam, tapi InsyaAllah akan kembali kepada Islam juga mereka yang berfikiran liberal yang memisahkan agama dan kehidupan.

Sikit-sikit kita terangkan kepada kebenaran.
Lama-lama kita tegakkan keadilan.
Ianya satu proses.

Kerana kita sedang memburu T A Q W A dan menuju negara R A H M A H, maka berlaku adil lah.


I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam. - Muhammad Abduh


Wallahu'alam.

Salam Ukhuwah Fillah,
Bintu Nazemi

Ditulis pada
Isnin.
18 Februari 2013.
Bandar Baru Bangi.

Disemak semula pada
Khamis.
16 Oktober 2014.
Bandar Baru Bangi.

No comments: