Tuesday, July 30, 2013

4 in 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, aku mulakan penulisan pagi ini, diiringi dengan alunan nasyid Sejuta Harapan oleh Dai Nada.

Sayang benar Allah pada aku, dikejutkannya pada pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah wa syukru lillah. Ternyata niat dan azam memburu Lailatul Qadr didengari olehNya. Subhanallah. Sungguh, qiam itu menenangkan dan membersihkan jiwa.

Hati kecil berkata, bongkaknya aku jika aku tidak bangun mengambil wuduk dan solat. Hamba apa kau ini jika tidak membalas cinta dan sayang yang Allah berikan.

Dalam gelap aku menadah tangan, menangis merintih pada tuhan yang tak pernah berhenti-henti melihat hamba-hambanya.

Ya Allah Andai Kau hentikan nafas aku pada 30 Ramadhan, Kau terimalah amal-amal aku, Kau ampunkanlah dosa-dosa aku dan dosa orang-orang yang aku sayang dan matikanlah aku dalam keadaan yang paaaaling Kau sayang dan paaaaling baik.

…………….

Pemburuan Lailatul Qadr bermula.

Aku mahu jumpa Cik Laila dan Encik Qadr.

Jika yang tidak punya senjata (tidak boleh solat), maka saat ini Allah memberi peluang untuk kau membaca. Bacalah apa sahaja yang boleh menambah iman. Buku Palestin boleh jadi. Buku Agama boleh jadi. Berdoalah. Berzikirlah.

…………….

Cinta, ketika mencinta kau dicinta. 
Biar cinta itu membawa kau mencintai Tuhan.

Orang-orang beriman itu ikhlas menyerahkan cintanya kepada Allah.

Allah mengentuk pintu hati hamba-hambanya untuk berfikir mengenai Baitul Muslim dengan caranya tersendiri malahan setiap orang itu berbeza.

Usah gusar, lambat atau cepat.

Lambat kerana Allah tahu engkau belum bersedia, masih ada beberapa perkara dalam diri engkau belum setel sebagai individu muslim. Lambat kerana Allah mahu memberi tempoh kepada engkau untuk belajar dan mendidik jiwa. Dalam sedar atau tidak, Allah sedang mengajar kau dengan caraNya tersendiri. Percayalah.

Jika cepat, pastinya Allah mahu kau membantu dakwah ini. Dan itu satu tanggungjawab yang sangat besar bukan?

Berdoalah tanpa putus : Moga kau bertemu dengan dia dalam keadaan yang sama-sama saling mencintai Allah. Apalah sangat jika memilih cinta yang mengikut hawa nafsu, bukankah Allah tujuan kita hidup, dan Allah sahaja tempat kita kembali?

………………………

Melihat rakan-rakan yang sama baya dengannya berkerja untuk ad-deen ini, aku menangis. Bilalah engkau boleh menjadi seorang ikhwah? Yang along boleh bercerita dengan engkau mengenai dakwah dan tarbiyah ini. Yang mana kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar idea.

Doa along untuk engkau tak pernah putus. Doa umi dan abi juga tak pernah putus, mahu melihat anak lelaki sulung mereka berjuang di jalan kebaikan ini dan mempunyai kefahaman yang sama seperti mereka.

Alhamdulillah, saat kau kata kau mahu ke UK, bersungguh-sungguh along mencari Program Pre-Departure yang selalu dianjurkan oleh ikhwah akhawat UK Ireland untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke sana. Along tanya sini, along tanya sana, dan alhamdulillah akhirnya engkau menjadi peserta.

Gembira saat kau bercerita setiap pengisian di program JOM. Journey of Muslim. Fiqh Traveller, Sharing Moment dan sebagainya. Five star kau berikan.

Gembiralah hati along saat itu. Gembiralah hati umi dan abi saat itu.

Jika Malaysia bukan tempat untuk kau berubah, maka pergilah. Pergilah ke UK sana Mencari Hidayah Allah, Menjadi Muslim Yang Sejati dan seterusnya bersama-sama dalam gerabak Membawa Manusia Mencintai Tuhan ini.

Menangislah along dalam diam. Menangislah along dalam tawa. Gembira tidak terkata. Doa along, umi dan abi selama ini Allah makbulkan.

Dengarlah Naiem, sayang Allah pada kita tak pernah henti, tak pernah putus. Balaslah sayang Allah itu dengan menjadi hambaNya yang paling baik.
InsyaAllah, jika niat baik, Allah akan tunjukkan jalan.

Lots of love,
Along.
………………..
4 coretan dalam 1 entri.

Moga ada yang mampu menggugahkan iman walaupun sedikit.

1 comment:

little daie said...

ameen... ya Rabb doa seorang along...