Semenjak-dua menjak ni banyak perkara yang menyatukan kita. Semuanya bermula dari air mata yang meluahkan segalanya di tepi tasik FEM. Masih ingat? Impian untuk kita bersama setia mencintai Allah tak kira apa jua keadaannya. Ketika gembira, ketika sedih, ketika sihat, dan ketika sakit.
Dan setelah impian itu dipasakkan di dalam diri, Allah menguji kekuatan enti satu persatu. Bermula dari incident kebakaran di rumah pajam, ayah enti di hospital, dan akhirnya Allah kembalikan ayah enti kepada DIA, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Seterusnya operation 10 pagi ni.
Jangan menangis, ukhti.
Sakit yang Allah bagi, perit yang Allah bagi, semuanya kerana Allah tahu kita banyak dosa, dan melalui sakit itulah dosa kita dihapuskan satu-persatu.
Jangan menangis, ukhti.
Allah memberikan kesakitan ini pada mereka yang bertuah sahaja. Kerana Allah tahu, kita ada kekuatan untuk melaluinya.
Jangan menangis, ukhti.
Ujian sakit ini akan menguatkan lagi cinta kita pada Allah. Betapa sayangnya Allah pada kita, diberi sakit kemudian disembuhkan.
Pasang ayat al-quran. Pasang zikir. Dan itu akan menghilangkan semua rasa sakit.
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
|Ar-Raad 28|
"ana sayang enti lillah"
Cukup untuk enti tahu ukhuwah ini punya kekuatan yang luar biasa.
Kuatlah, mar. Kuatlah. Kuatlah. Kuatlah.
Cepat Sembuh!!!!! Nanti meja depan dalam kelas tuturial kosong. Nanti kerusi bahagian tepi kanan barisan keempat time lecture kosong. Nanti takde orang yang rajin nak buat jadual kelas tmb2. Ngeeee.
Post dari blog enti >> 12 September 2009
Post dari blog ana, 6 hari selepas post enti >> 18 September 2009
Moga kau temu sesuatu dalam ujian sakit ini. Nasyid Satu Cinta


No comments:
Post a Comment