Thursday, December 27, 2012

Bahasa Melayu.


Copp.
Nak guna perkataan ganti nama diri "aku", boleh?
Please.
..................................
Jangan terkejut beruk bila aku post mengenai Bahasa Melayu.
Kalau tak mau baca, toksah teruskan.
Kalau tak faham, tak payah baca.
Shuhh, pergi sana baca buku.
.....................................
Daurah Bahasa Melayu di FSTM, UKM 25hb Disember 2012. 
First time aku tengok poster Daurah Bahasa Melayu di fb ISUN, aku buat dek je. Orang promote bukan main hebat pun, aku buat dek je. Siap bermonolog dalaman lagi, aishh, buat apa aku nak pergi program ni. Aku tak bersedia lagila nak k*hw**. Bla bla bla.
..................................
Jumaat malam. Aku pinjam broadband Ati. Nak tengok emel. Time emel loading, aku jengok mukabuku. Aku tinjau wall kawan aku di Mesir. Ada cuit mencuit mengenai daurah ini. Mereka mention Ustaz Hasanuddin dan Ustaz Alias.
Zaappppp. Aku kenal nama tu.
Hati tergerak. Tangan bergerak. Aku tengok poster tu sekali lagi. Aku tengok muwwajihnya. Ye. Memang Ustaz Hasanuddin dan Ustaz Alias Othman. Uishh, sentap. Ini otai-otai lama dalam gerabak DT. Ustaz Alias, ustaz yang jaga umi abi aku di UTM dulu, ustaz yang kenalkan pada umi abi aku erti perjuangan. Dan kini, anak sulung mereka sedang bertaaruf dengan perjuangan DT. Moga aku thabat.

Laju tangan menghantar message ke Ukht Basmin. "Salam. Boleh daftar lagi untuk program 25hb ni?" "Wsalam. Boleh je. Tarikh tutup daftar sebelum 12 malam ni." Aku daftar pukul 10 malam, 2 jam sebelum expired date.

Aku rasa. Aku tahu.
Allah la yang pilih aku untuk datang ke Daurah Bahasa Melayu ni.
Allah yang pilih aku.
Seriyes aku tak pernah plan. 
Seriyes aku tak pernah plan!
Aku tak pernah bayangkan yang aku akan pergi ke Daurah Bahasa Melayu ni.
Allah Maha Hebat! 
Dia menyusun segala yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.
DIA plankan aku untuk tengok fb malam tu.
DIA plankan untuk aku daftar walaupun di saat-saat akhir.
DIA plankan untuk aku pergi walaupun aku sangat sangat penat handle retreat dreka di PD.
DIA plankan semuanya untuk aku.
Allah plankan semuanya untuk aku!
Allahu.
Allahu.
(banjir)
..................................................
Aku tulis bukan bermakna aku akan k*hw** dalam masa yang terdekat.
ohh tidak.
.................................................
Tapi ada satu benda aku nak cakap.
Gegurl, u have to know this,
Nak tak nak, kita akan melalui perk*hw**an tu satu hari nanti. Pasti dan Mesti. Cumanya kita tak tahu siapa dan bila. (kalau ada yang tak nak k*hw** , itu bab lain)
Apabila kita tahu kita akan, pasti dan mesti melaluinya, kita harus meletakkan diri kita dalam keadaan bersedia untuk menghadapinya. (nanti aku explain bersedia tu macam mana)

Aku bagi contoh exam.
Mana mungkin kita boleh melangkah dengan penuh yakin ke dalam dewan peperiksaan kalau kita tidak membuat persiapan yang tip top? Tidak membaca buku, tidak membuat revision, dsb. Mana mungkin kita boleh jawab paper account dengan mudah kalau kita tak pernah sentuh buku account Kiso Weygandt Warfield? Mana mungkin kita nak kira-kira corporate taxation kalau mula-mula belajar dah malas? Mana mungkin, mana mungkin, mana mungkin!

Begitu juga dengan sebuah perk*hw**an. Perk*hw**an itu bukan pada 4 jam nikah sahaja. Bukan pada walimah yang wedding of the year. Bukan pada nilaian hantaran yang daebak mahal. Bukan juga pada posing-posing gambar yang cantik meletop kau memang debom. Bukan. Bukan. Bukan. Perk*hw**an lebih dari itu. LEBIH DARI ITU. Perk*hw**an itu melibatkan kehidupan 2 orang manusia yang pada mulanya, aku dan dia, kemudian betambah aku, dia, dan baby. Kemudian aku, dia, baby, dan cucu.

Gegurl, u see what i see?
Perk*hw**an itu memerlukan persediaan! PERSEDIAAN! Dan persediaan itu bukan bermula selepas ada orang merisik bertanyakan anda, tetapi sebelum sebelum itu lagi. 2 3 4 tahun sebelum itu. SEBELUM! Preparation, its take time!

Gegurl, sorry to say,
Seriyes aku tak sokong kapeling. Best ke kalau dah tahu semuanya mengenai dia sebelum k*hw**? Sorry la gegurl aku cakap direct. Sorry. Gegurl, nak tahu sesuatu tak? Kenapa gegurl rasa besh je kapeling? Sebab syaitan pasangkan aksesori yang cantik-cantik pada si dia. Cantik la dia macam nealofa. Comel la dia macam najwa latiff. Handsome la dia, macam mamat korea. Tapi bila dah k*hw**, dah tak rasa apa-apa. Sebab bila dah k*hw**, syaitan frust, sebab dia nak korang berzina (nauzubillah). Tapi sebab korang dah k*hw**, misi syaitan tu gagal. Jadinya dia bukakla semua aksesori yang syaitan pasangkan tadi. Dan akhirnya, barulah nampak si dia ni macam ni rupanya. Dulu baik je, huh! rhupenya idokla gitu. Dan sebab tulah ramai becerai selepas 2 3 tahun berkahwin. 

Gegurl,
Jodoh kita dah ada. Cumanya kita perlu cari jodoh kita dengan penuh kawalan takwa.
Ada orang tak payah cari, dia datang. (kan matey?). :p
Ada orang kena isi borang Bahasa Melayu dulu, baru dia datang.
Masing-masing Allah plankan berbeza-beza.
Nampak kan Allah tu Hebat? (senyum)

Marriage is not about love but making ummah.
Kita tak tahu siapa dia.
Kita tak tahu bila kita akan berjumpa dia.
Tapi kita tahu kenapa kita akan berjumpa dia.
Berjumpa dalam erti kata lain k*hw** dan n*kah.
Sebab yang pertama kerana itu adalah fitrah. Allah menciptakan manusia itu berpasangan-pasangan. Fitrah manusia akan suka pada yang berlainan jantina. Tetapi Allah ingatkan kita balik bahawa kita sebagai seorang khalifah, perlu bijak mengurus fitrah tersebut. Kita perlu bijak mengurus nafsu. Orang selalu nampak nafsu iu jahat, tetapi nafsu itu sesuatau yang halal yang Allah telah ciptakan kepada manusia. Dengan syarat, manusia perlu bijak membimbing dan menguruskan nafus. Sedar atau tidak sebenarnya Allah sudah memberi laluan dan petunjuk bagaimana mahu mengurus nafsu dan fitrah tersebut, iaitu dengan melalui sebuah perk*hw**an.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
Yang keduanya, kerana perk*hw**an itu adalah antara salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-rum :21)
Yes, bila ada orang melihat anda, dia dan baby anda, orang akan melihat tanda-tanda kebesaran Allah. Bila ada orang tengok keluarga anda, orang akan terus ingat Allah. Beshkan kalau macam tu? Banyak betul pahala yang anda dapat. Bayangkanlah harapan dan cita-cita itu. Plus, akan terhasil lah sakinah, mawaddah wa rahmah dengan automatiknya. Sakinah adalah Ketenangan, Mawaddah adalah Rasa kasih sayang sebelum monopos dan Rahmah adalah Rasa kasih sayang selepas monopos.

Apa lagi ek aku nak cakap.
Oh persediaan tu.
Anda kena bersedia dari sudut Ilmu. Anda kena bersedia dari sudut Mental. Anda kena bersedia dari sudut Kewangan. Anda kena bersedia dari sudut Fizikal. Anda kena bersedia dari sudut Perancangan. 

ILMU. Kalau anda tak tahu pasal solat, macam mana anda nak ajar isteri dan anak anda bersolat? Kalau  anda tak tahu pasal DT, macam mana anda nak wariskan DT ini pada mereka? (huhu)

MENTAL. Anda dah bersedia belum sebenarnya nak k*hw**? Jangan disebabkan anda tengok ramai kawan-kawan  anda nak dan dah berk*hw**, anda pun nak terikut sama! (terasa ke? padan muka)

KEWANGAN. Berapa banyak duit dalam akaun simpanan anda yang anda khususkan untuk Bahasa Melayu? 
Jawapan standardTak cukupla. Aku mana ada biasiswa atau pinjaman. Meh aku bagitau satu tips. Ni cara aku. Pergi beli tabung kat kedai mana-mana. Pastu, tulis kat tabung tu, Tabung Baitul Muslim (oooops, kantoi dah, semua orang dah tahu Bahasa Melayu tu apa. lol). Pastu letak tabung tu kat sebelah meja belajar. For sure anda akan bagi tabung tu makan duit setiap hari. See, walaupun anda student, anda boleh menyimpan juga. Walaupun anda takde biasiswa atau pinjaman, anda tetap boleh menabung. Menabunglah demi masa depan anda! (ayat tak boleh blaa)

FIZIKAL. Kalau anda jenis yang BMInya terlebih, startlah bersenam dan beriadhah. Sit up dan bumping dalam rumah pun okeyh. Berjalan kaki dari fakulti ke library pun okeyh. Naik turun tangga pun okeyh. Kalau anda jenis yang sakit belakang, minumlah susu anlene. (cewah, siap promote)
Oh lagi satu tertinggal. Rahim adalah tempat pembinaan generasi-generasi anda. Jagalah ia sebaiknya. Habbatus Sauda' dan Madu adalah antara yang terbaik. (Haa, apa lagi, pergila sana carik Madu dan Habbatus Sauda')

PERANCANGAN. Bila anda nak berk*hw**? Tahun depan? 2013? 22 tahun? Lepas grad? 2014? 23 tahun? Lepas satu tahun bekerja? 2015? 24 tahun? Rancanglah umur anda. Apabila anda merancang, secara automatiknya anda akan membuat persediaan. (Umi aku kata 25 tahun tu dah paling lewat. Lebih dari 25 tahun tu, saham anda mungkin jatuh) 

Point last, ini penting untuk anda yang faham, yang kita dulu adalah serumpun, tapi disebabkan ada yang tak nak rumput tu warna hijau, kita pun berpisah. Walaupun anda berbeza jemaah dengan umi abi anda, jangan pernah biarkan umi abi anda berkecil hati dengan perk*hw**an yang jemaah sendiri susunkan untuk anda. Berikanlah mereka peluang untuk mereka memberikan pendapat mereka tentang perk*hw**an anda dan si dia. 

Sanggupkah anda membiarkan umi abi anda langsung dan tidak mampu untuk berkata apa-apa dan hanya mampu memerhati dari jauh, hanya kerana jemaah sudah tentukan. Anda lebih mempercayai jemaah berbanding umi abi anda? 

Oh Tidak. Mungkin anda lupa, mereka juga punya hak sebagai seorang ibu dan bapa! Mungkin anda lupa, merekalah yang melahirkan dan membesarkan anda, dari kaki anda merah sehinggalah berjanggut bermisai, sehinggalah anda besar panjang sekarang ni. Mungkin anda lupa betapa penatnya mereka mencari duit, keluar pagi dan balik malam, semata-mata mencari rezeki untuk membesarkan dan memberikan pendidikan yang cukup untuk anda. Mungkin anda lupa, merekalah yang hantar anda ke klinik kalau anda sakit. Merekalah yang akan berjaga malam kalau anda merengek demam. Mungkin ada lupa semuanya. Mungkin ada lupa. Mungkin ada lupa. Meh aku ingatkan balik, sebegitu rupakah anda membalas segala pengorbanan mereka? 

Aku sedih kalau adik-adik aku buat macam tu pada umi dan abi aku. Macam tu ke mereka balas pengorbanan umi abi?

......................................................

Rasanya sampai sini jelah kot.
Gegurl,
Sorry, kalau post kali ini tak skema gamma.
Gegurl,
Sorry, kalau post ni ada yang terasa.
Gegurl,
Berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih hidup.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, itu prinsip aku yang aku pegang selama ini.
Aku selalu suruh umi doakan untuk aku, sebab aku tahu doa seorang umi itu mustajab.
Gegurl,
Sila istighfar sekarang sebelum tekan pangkah kat atas sana tu. istighfar. istighfar.
Gegurl, 
ingat tau rancang umur anda dan sila bersedia sebelum.
tabung BM tu penting. 

kbai.
Selamat belajar.

1 comment:

ha|ana|zak25 said...

Keluarga Islam atau rumah tangga Islam adalah di antara institusi yang paling penting di dalam kehidupan orang-orang Islam secara amnya dan di dalam manhaj ‘amal Islami secara khusus. Ini adalah kerana keluarga mempunyai peranan yang besar di dalam membentuk generasi dan pemuda sebagai harapan pada masa akan datang dan sebagai benteng negara.
-Mustafa Masyur-

Bila taqdir dan waktunya telah bertemu, jangan lupa khabarkan busyraanya pada ana ;)