O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet. (muhammad 7)
Semasa aku di sekolah, aku kadang-kadang sibuk dengan urusan pelajar dan tarbiah sahabat-sahabat. Kadang-kadang aku dengki dengan sahabat lain yang ada masa untuk study dan mengadap buku. Sempit dada dibuatnya. Tetapi aku ingat kata-kata seorang ust pensyarah Kusza ketika itu, Ust Safri. Dia memberikan petua kepada ku. Yang pertama ” In tansurullah tansurkum wa yusabbit aqdamakum”. Yang kedua ” Percayalah kepada keberkatan. Sahabat-sahabat yang tidak sibuk di untuk mengurus kepentingan pelajar dan umat mungkin mempunyai masa yang lebih untuk study dan membaca, tetapi mereka akan mendapat natijah pada kadar yang biasa. Tapi kalau antum yang sibuk dalam kerja-kerja pelajar dan tarbiah, yakinlah Allah akan berkati dengan memudahkan semua urusan kita. Orang lain kena baca 2-3 kali untuk faham, kita baca sekali dah cukup”. Mengikut pengalaman, ternyata benar apa yang dikatakan oleh ust tu, dengan syarat ikhlas dalam bekerja dan beramal. -copy paste dari ilmuan muda-
Berkatilah setiap ilmu yang aku pelajari rabbi.
Sesungguhnya masa ini milikMu.
Sesunguhnya ilmu ini juga milikMu.
Maka mudahkanlah segala urusanku dalam urusan jihad ilmu ni.
Mudahkanlah. Mudahkanlah. Mudahkanlah.
Aku hidup dengan cintaMU, Ya Allah.
Aku hidup dengan cintamu, Ya Rasulallah.
No comments:
Post a Comment