Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar.
Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.
Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.
Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah.
Allahuakhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillallah.
Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.
Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.
Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah.
Allahuakhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillallah.
Perkenalan ini bukan hanya sekadar atas nama keluarga angkat. Tapi lebih dari tu! Ya, lebih dari tu. Sangat!
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; hamba- hamba yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
bagaimana ku jelaskan rindu ini, kerana itu tak dapat dijabarkan, sesuatu yang indah terlahir dari rasa, dan rasa itu karunia Ilahi.


No comments:
Post a Comment