Sunday, December 4, 2011

Antara dua~

Antara perbualan dua orang sahabat yang meletakkan REDHA ALLAH sebagai rantai penghubung ukhuwah diantara mereka. Mereka berdua sangat sibuk minggu ini dengan "program duniawi" masing-masing dan akhirnya berlakulah perbualan diantara mereka melalui sms.. :)

Najah : "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu" (Muhammad : 7) << Murni, huhu. Kalau kita terlampu aktif dengan program "duniawi", program "ukhrawi" kita mesti sedikit terabai kan? Dan mesti kita tak dapat jadi golongan yang menolong agama Allah kan? Najah takut sangat2 ~Mood sedih~

Murni : Najah, ketahuliah, tanpa dunia kita takkan sampai ke akhirat. Dalam apa jua kerja-kerja dunia yang kita tumpukan, IKHLASkan NIAT. Murni teringat kisah Imam Syafie ketika bertandang ke rumah salah seorang imam lain. Beliau tidak bangun qiam, rupa-rupanya pada malam tersebut, dalam keadaan tidur, beliau dapat menyelesaikan 10 masalah ummah.  Beliau kurang beribadah secara fizikal kepadaNYA tapi beliau beribadah dalam keadaan tidak nampak. Namun, semuanya bBERGANTUNG PADA NIAT. Subhanallah, mampukan kita menjadi sepertinya? Ukhtie, sama-samala kita kuat!

Najah : Huhu..Murni, ^________^  

"Sesibuk mana pun kita dengan "program duniawi", hopefully tak terkurang masa dan kualiti kita dengan pengarah BESAR "program duniawi". 

Najah citer kat Murni, sebab kita sama2 berada dalam satu waqi' yang sama. Waqi' yang memerlukan kita berurusan dengan manusia. Manusia yang bermacam ragam. Waqi' yang Najah rasa, bukan semua orang melaluinya. Dan Waqi' ini, Allah pilih hanya orang tertentu sahaja untuk berada di dalamnya. ~Mood nangis~ Dan mesti Allah pilih kita sebab kita mampu kan? Huhuhuhuhu..
 [loading lama]



Murni : Ukht, sama-sama kita ingatkan antara kita eh! Ada kala kita naik, ada kala kita jadi futur. Tiada lain yang dapat mengingatkan kita kecuali SAHABAT YANG SOLEH. Insya-allah, tiada salah atas kesilapan yang lepas andai kita mengambil pengajaran. Menuju tingkat yang lebih tinggi mencari redha-NYA

Najah : Ya Allah, berkatilah setiap semangat jiwa untuk selalu berjuang di jalanMU. Love you, ukht!

1 comment:

muna majidah said...

selamat brjuang, ukht!
mga saat itu mampu melayakkn kita menjejakkn kaki ke jannah-NYA..