Saturday, August 30, 2008

M.E.R.D.E.K.A

Minggu ini pulang ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bak kata umi, semua orang menuju ke Kuala Lumpur untuk menyambut merdeka, kita sahaja yang sesat, mana tidaknya bermerdeka di kampung. Berlawanan arus! GHURABA'la katakan. Apabila jari menekan punat on di tv, macam-macam gaya dan fi'il manusia celebrate merdeka, konsert-konsert wajiblah wujud. Omong sahaja dong, semuanya ada. Detik 10 saat sebelum pukul 12 malam menjelma, dikira bersama (di dalam tv)..1.2.3.4.5.6.7.8.9.10..laungan merdeka bergema di seluruh pelosok negara MALAYSIA..sejurus selepas itu, diikuti dengan dengan lagu-lagu kebangsaan..

Alhamdulilllah aku dan adik-adik tidak berada di golongan konsert itu.

Alhamdulillah kami tidak menyambutnya seperti orang awam,,

tidur lambat menuggu jam 12 malam dan akhirnya bangun lambat lantas solat subuh entah kemana..nauzubillahiminzalik..





..........





Apakah begitu istilah merdeka di jiwa-jiwa remaja?

Satu persolan yang perlu kita fikirkan. Bermerdekah kita? Dengan gejala sosialnya yang saban tahun meningkat>>rogol, culik, hal-hal berkaitan politik, rasuah, mencuri, arak, dadah, rempit dan banyak lagi.

Dengan budaya-budaya barat yang diserap masuk..3F.fashion.fun.food.

Dengan pemikiran-pemikiran yang semakin tidak bertamadun..senang cerita, kemajuan bergerak kehadapan, tapi penghayatan dan diri mundur ke belakang..





.........





Terfikir bagaimana rasulallah, sahabat-sahabat, tabi' tabiin, menyambut merdeka...

Cuti bukan sekadar cuti, merdeka bukan sekadar merdeka, bagi mereka yang berkefahaman, merdeka kita untuk ramadhan, merdeka kita kerana syaitan akan digari, merdeka kita kerana mega sale pahala ibadah akan bermula. Ingat,, bukan setakat tengok tv dan lihat perarakan tapi imbas kembali bagaimana kesusahan jundu islam dulu berjuang. Jika tidak kerana mereka, pastinya kita tidak merasa nur islam ini..alhamdulillah. Maka, kita punya tanggungjawab..kita punya tanggungjawab..kita punya tanggungjawab untuk meneruskannya..





.........





Dunia Baru Islam

masih basah kenangan indah

zaman cemerlang era gemilang

ketika rasul ada sisi

para sahabat mentadbir bumi

zaman nubuwwah era khulafa'

islam laksana api yang menyala

menerangi teman dan juga sahabat

bahang panasnya membakar lawan

di celah itulah kami mengatur langkah

membina sebuah thaifah

disini bara x pernah padam

digenggam kukuh sebuah azam

ayuhlah para mujahid

ayuhlah para mujahidah

kita tinggalkan zaman fitnah

agar tertegak kalimah Allah

agar terbangun dunia baru islam





Akhir kata, ++++AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN++++,,jangan lupa malam ni dah start terawih!!.

2 comments:

musafir said...

jazakillah ya ukht...

hurm, moga trus success dlm dkwah, ijazah dan risalah yang dibawa...

bila bakal berkunjung lg ke Hira'???

khaIRul_UmmAh said...

mabruk 'alayk
tatau plak akak ade bl0g..
ni p0n k0rek2 blog org..tetibe jumpe bl0g nih..
hehe~
x per kak...kte ssame brjuang utk tegakkn tarbiyyah dlm jiwa kta..
sm0ga pntarbiyahan kte nih dpt mntarbiyyhkn org sekeliling..
ramadhan kareem~