Saturday, August 23, 2008

Kekerasan hati kerana telah lama berehat!!!

Kekerasan hati kerana telah lama berehat,,,adakah kita berada di kelompok itu??? ayuh koleksi diri..

Antara ciri-cirinya:

1) Telah hilang ruh kehangatan ISLAM dan pengaruh DAKWAH dalam diri..semakin malas mahu berjuang..semakin lalai dengan dunia yang hanya sekadar pinjaman..semakin lupa tugas khalifah..semakin menuruti segala kemahuan nafsu..



2) Hati berkarat..bagaimana itu?? Ia terjadi apabila
- membaca al-quraan, tiada kesan pada jiwa
- solat tidak khusyu'
- lupa dan tinggalkan solat tanpa kesal dan rugi
- jauh dari sifat mukmin yakni bergetar hati apabila disebut nama ALLAH


Jika sudah menepati ciri-ciri itu,,tiada jalan lain,,MESTI lakukan ini!!

1) Jangan biarkan diri terasing dengan saudara-saudara yang ada dalam amal dan dakwah..intima'lah diri dengan jamaah..bersegeralah mencari penawar agar tidak bertambah gersang jiwamu..


2) Baiki hubungan dengan ALLAH..merintih dan merayulah padanya..Dia MAHA MENDENGAR,,MAHA PENGAMPUN,,MAHA PENGASIH!! sementara masih punya waktu,,kembalilah ke jalan yang satu..


3) Muhasabah sentiasa.. Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbilalamin..


Kuatkan jatidiri, buang jahiliyah..
Sabda Rasulallah s.a.w "Nafsu kamu sekiranya tidak disibukkan dengan Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara batil"

1 comment:

du'at in process said...

salam .. hasnin ~
kaifa hal nt??
ana musytaliq alayki jiddan !
huhu.. lame x dengar khabar beritamu..

rase2nye ana macam tergolong dalam kelompok tu je..
ciri-cirinye pon cam ade je..
astaghfirullah !

help me !