Wednesday, May 27, 2020

Baluti Kesedihan

Menerima khabar tentang kepergian ayahmu dari luar negara membuatkan hati aku turut terusik.

Mengenali ayahmu sejak dari kecil.

Sehinggalah kita berpindah ke negeri yang lain dan tidak berhubung lagi.

Terus ku khabarkan pada ummiku untuk sampaikan salam dan kekuatan buat emakmu.


Kawan,

Ujian kehidupan yang hadir secara serentak terkadang membuatkan hati kita terluka

Lama kita mengambil masa

Mencari ketenangan

Mencari kekuatan

dan mencari hikmah di sebalik segalanya.


Kawan,

Pulangkanlah segala rasa kelukaan itu kepada Allah.

Usah disimpan sehingga membuat jiwamu merana.

Usah dizalimi nikmat tubuh badan yang Allah berikan.

Kembalilah ke jalanNya yang satu.

Pohonlah ketenangan dariNya untuk menerima semua takdir yang telah tertulis.



Kawan,

Aku juga begitu.

Kehilangan orang yang aku sayang - Tok Ayah Pasir Puteh, Uwan & Atok Kuala Pilah. 

Membuatkan aku hilang arah seketika.

Pulang ke kampung, dan tidak melihat kelibat mereka.

Lumrah yang wajib aku rasa.

Ganjil, pelik, sunyi, 

Dan paling dalam rasa rindu.

Namun, disebalik segala rasa tersebut.

Hakiki qada' dan qadar yang perlu aku yakini,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Allah lah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (AlMulk : 2)



Kehilangan orang yang kita sayang secara tiba-tiba akan mengambil masa yang lama untuk merawat hati.

Tetaplah percaya, kawan. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Tetaplah yakin, kawan. Allah takkan menguji seseorang jika hambaNya tidak mampu.


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (AlBaqarah : 286)


Semoga Allah membaluti segala kedukaan, kesedihan dan kelukaan kamu dengan kegembiraan, kebahagiaan dan kasih sayang dariNya.

Moga baik baik dan tenang sahaja kamu, kawan.

No comments: