Monday, October 24, 2016

Fatimah Ali & Sarah Ibrahim


Sarah : Salam, Fatimah. Sihat?

Fatimah : Wasalam. Ya Sarah maniesssss.

Sarah : Busy ke?

Fatimah : Kenapa Sarah? Takpe tak busy pun. Sentiasa tak busy untuk Sarah.

Sarah : Haritu kan masa Fatimah tahu, Fatimah tak dapat dengan Ali, Fatimah frust ke? Fatimah buat apa time tu?

Fatimah : Sarah frust dengan siapa pula ni?

Sarah : Heeee. Dengan Ismail. Dia nak kahwin tahun depan. Sarah tak tahu nak buat apa. Nangis je atas katil.

Fatimah : Sarah dah solat dhuha ke? Kalau belum solat dulu jom.

Sarah : Belum. Ok solat duha dulu.

Selepas 10 minit, conversation di dalam whatsapp berlaku lagi.

Fatimah : At first place, memang Fatimah down. Duduk berkurung dalam bilik. Tak bersosial. Asyik fikir, kenapa? kenapa? kenapa? Tapi ada orang ingatkan, Kenapa kita letak tanda soal bila Allah dah taqdirkan tanda titik? Kenapa kita menyoal sedangkan diri kita tak tahu apa yang terbaik di masa hadapan kita? Bukankah kita dah berdoa dengan doa solat istikharah di hujungnya,

Ya Allah jika Engkau tahu bahawa urusan ini buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku, dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.

Redhakanlah Sarah dengan apa yang Allah beri pada kita. Redhakan.

Sarah : Terima Kasih, Fatimah. Sebenarnya half recover. Cuma bila mesej Fatimah jadi fully recover.

Fatimah : Lama dah ke benda ni?

Sarah : Lama la juga. Tak tahu nak berkongsi dengan siapa. Habis belajar haritu, Sarah minta Hajar (kakak Sarah) tanyakan pada Ibrahim. Lepas sebulan macam tu, dia bagi jawapan melalui Hajar, ada sorang lagi tunggu dia. Hmmmm. Masa tu Sarah malas nak fikir. Pastu baru-baru ni, Hajar ada bertegur sapa dengan dia. Perasaan tu dari Allah, Fatimah. Sarah tak pernah suka orang lain macam mana Sarah suka dengan peribadi dia. Sakit tu pun Allah je yang tahu. Sebelum ni, ada orang tanya Sarah, tapi hati Sarah tak terbuka.

Fatimah : Melepaskan secara total memerlukan masa.

Sarah : Fatimah dah melepaskan secara total?

Fatimah : By time, insyaAllah khyer.

Sarah : Tapi kan Fatimah, macam Ali tu, Sarah rasa sebenarnya dia tak sesuai dengan Fatimah. Hmmmm.

Fatimah : Haaaa?

Sarah : Bukan tak sesuai apa, Fatimah. Tahap thiqqah tu.

Fatimah : Statement apa ni? Lawakla awak ni, Sarah.

Sarah : Ramai classmate perempuan Sarah suka Ali. Pastu Ali layankan jeee. Takde jaga-jaga ikhtilat pun.

Fatimah : Tahuuuu jeee.

Sarah : Haaaa, macam mana Fatimah tahu?

Fatimah : Tahulah. Boleh nampak. Heeeeee. Dia budak "celupan" yang nakal.

Sarah : Tu la. Budak "celupan" tapi tak nampak macam di"celup".

Fatimah : Mungkin sebab tu kot Fatimah dan dia belum berjodohan lagi. Masing-masing ada jahiliahnya, Sarah. Mungkin sekarang Allah sedang memberi masa pada masing-masing menjadi hamba yang terbaik padaNya dahulu.

Sarah : Betul cakap Fatimah. Masing-masing ada jahiliahnya. Kalau nak yang sempurna, belum tentu kita sempurna. Dia pernah buat silap. Kita pun macam tu. Sedikit sebanyak, Sarah jadi refleks pasal Sarah dan Ibrahim.

Fatimah : Walau siapa pun jodoh Sarah, Fatimah akan doakan yang terbaik. Sebab Sarah baik, pasti yang baik-baik untuk Sarah.

Sarah : Sarah kena banyak lagi baiki diri. Terlalu banyak. Sebab tu Allah tak bagi Ibrahim. Allah nak Sarah baiki solat, baiki adab, baru Allah datangkan. Betul tak?

Fatimah : Betul Sarah.

Sarah : Terima Kasih, Fatimah. Sarah sayang Fatimah kerana Allah.

Fatimah : Sama-sama kasih, Sarah. Fatimah pun sayang Sarah kerana Allah.








No comments: