Saturday, May 23, 2015

#Cinta

Cinta tak perlu kata apa-apa

PART SATU

Ketika saya Darjah Empat di Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, Seremban, saya sering kali ditanya oleh kawan-kawan saya, 

Kawan Saya : Adik awak Pekak ke?

Saya : Taklah, dia InsyaAllah boleh dengar.

Kawan Saya : Adik awak Bisu ke?

Saya : Taklah, dia InsyaAllah boleh cakap.

Kawan Saya : Sama la tu Pekak dan Bisu dengan tak boleh dengar dan tak boleh cakap.

Saya : Lain. Pekak Bisu tu, langsung tak boleh dengar, langsung tak boleh cakap. Adik saya insyAllah boleh dengar. InsyaAllah boleh cakap. Satu hari nanti. 

(dengan yakin saya jawab. walaupun mata dah bergenang sedikit, tapi bajet-bajet macho lah. saya kurang gemar guna perkataan P dan B tu. entah macam tak best)

Kawan Saya : Jadinya macam mana adik awak inysaAllah boleh dengar? insyaAllah boleh cakap?

(you know, awak darjah empat, pastu kena provoke tentang adik awak, dahla awak kakak sulung. haaaaa, faham faham jelah kan?)

Saya : Adik saya ada buat pembedahan masukkan alat dalam telinga dia.

(dan inilah sebenarnya sebab utama kenapa umi dan abi saya ber"business" dan bukannya makan gaji. sebab nak cari duit banyak-banyak untuk tampung kos pembedaham adik saya. kalau makan gaji, em mungkin susah nak dapat lebih)

(mahu tahu? umi abi saya sangat gagah! ujian ni datang pada tahun ke empat perkahwinan mereka)

Kawan Saya : Oh, Hearing Aid ke? Yang macam bentuk "C" tu?

Saya : Tak. Tak. Hearing Aid tu selalunya orang pakai kat luar je. Yang tu just nak biasakan telinga dengar bunyi. Adik saya buat Cochlear Implant.

Kawan Saya : Apa tu?

Saya : Cochlear Implant ni pembedahan masukkan satu magnet (Electrode) dalam telinga belah kanan dia. Size magnet tu macam dua puluh sen. Kemudian, dia akan pakai satu alat pemprosesan (Processor) kat luar. Macam hearing aid yang C tu, tapi advance sikit. Sebab ada satu penangkap suara yang akan melekat pada kepala (External Magnet). Setiap apa yang kita cakap, alat pemprosesan tu akan proses, dan sampaikan ke magnet dalam telinga dan seterusnya ke otak.

(you know. awak baru darjah empat. pastu explain macam budak besar)

(pastilah soalan-soalan ini saya dah ajukan pada umi dan abi saya dahulu) 

(dulu susah nak google. sekarang senang je. apa yang saya eplain kat atas tu macam illustrasi di bawah ni)



Kawan Saya : oooooo


-------------------------------------------

PART TWO

Ketika saya Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, saya juga sering kali ditanya oleh kawan-kawan saya. Mungkin sebab mereka melihat, saya bercakap dengan adik saya sambil tangan kanan saya gerak-gerak kedepan kebelakang dan keatas,

Kawan Saya : Enti, ni sign language ke?

Saya : Bukan. (sambil senyum). Ni pertuturan kiu.

Kawan Saya : Apa beza sign language dengan pertuturan kiu?

Saya : Kalau enti perasan, sign language ni tak keluar suara. Senyap jee time dorang cakap. Tapi pertuturan kiu ni ajar untuk keluarkan suara dan gerakkan mulut. Contohnya, makan. Kalau sign language, ia akan senyap dan tunjuk gaya burung (ala burung yang main burung batu air tu). Tapi kalau pertututan kiu, ia akan cakap maaa kan!

(Boleh tekan di link yang saya letak dibawah)



Kawan Saya : Oh yeke. Tak pernah dengar pun. 

Saya : Haah. Ada satu je sekolah yang ajar pertuturan kiu ni. Kat Kampung Pandan, KL. Umi abi ana hantar adik ana ke situ lah. Dari tadika sampai dia Darjah Enam dan ambil UPSR seperti kanak-kanak normal.

(dan inilah sebenarnya kenapa kami berhijrah dari Seremban ke Bangi)

(abi membuat keputusan untuk kami berpindah ke Bangi, iaitu di tengah-tengah diantara Seremban dan KL, memandangkan ketika itu, ofis umi dan abi masih di Senawang. Sekarang hanya ofis abi di Senawang, ofis umi 100% beroperasi di Bangi)

(abi saya menjual rumah kami di Taman Tasik Jaya, Senawang dan menyewa rumah di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sebelum berpindah ke Kg Dato' Abu Bakar Baginda. Rumah kami di Taman Tasik Jaya tu adalah rumah kebanggaan kami sebenarnya. Sebab rumah tu corner lot dan ruang bermainnya sangat luas!)

(Allahu, rindunya)

----------------------------------

PART THREE

Soalan yang selalu orang tanya, sekarang ni, bila dah besar : Mana satu kakak, mana satu adik?

Saya akan tanya semula : Cuba teka?

Orang tu akan teka : Yang ni kakak, sambil tunjuk ke adik saya, dan awak adik.

(Gelak bahagia weh bila ada orang cakap macam tu!)

Umi mesti akan menyampuk, sebab awak long, perangai macam budak-budak!

(Relax umi, relax. Along akan jadi matang kat ofis je eh)

-----------------------------------

Naabihah,
Along sayang awak kerana Allah.

Naabihah.
Along selalu doa pada Allah.
Ya Allah, berikanlah adik aku boleh mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal.
Ya Allah, berikanlah adik aku boleh berjaya seperti kanak-kanak normal.
Ya Allah, jagalah dia sentiasa dengan kasih sayangMu dan rahmat Mu.
Ya Allah, kuatkanlah sentiasa iman dan taqwanya.

Naabihah,
awak sudah habis PMR di SAAS Kajang.
awak sudah habis SPM di STAD Seremban.
dan alhamdulillah Allah memberikan awak rezeki untuk mencari ilmuNya di dalam Sijil grafik Design di Politeknik Sultan Ibrahim.

Naabihah,
Awak kena belajar bersungguh-sungguh.
Awak kena jadi pandai.
Awak kena tunjukkan yang awak boleh berjaya macam orang normal bahkan lebih hebat dari mereka, Ya pasti dengan izin Allah!

Naabihah,
Awak kena tahu,
umi pertahankan Dreka untuk awak.
supaya nanti awak ada pekerjaan untuk awak mencari rezeki.

Naabihah,
Along dan umi memang risau untuk lepaskan awak ke Johor.
Tapi kami tahu Allah akan jaga awak sehabis baik.
Seperti mana Allah menjaga awak dari awak dilahirkan sehingga kini.

Naabihah,
last word,
we love you more than you'll never know!




Along.
Kg Dato' Abu Bakar Baginda
24/05/2015
1.15pm


1 comment:

Anonymous said...

=)