Saturday, April 4, 2015

Bunga Mekar


Oh. Bunga, Didoakan kau mekar sehingga ke syurga yang kekal abadi.


Memenuhi jemputan beberapa kenalan pada hari ini.
Membuatkan diri sendiri bermuhasabah.

Satu.
Apa sebenarnya yang kau mahu dari sebuah perkahwinan?

Adakah sekadar mengikut trend, apabila kawan kau kahwin, kau pun mahu kahwin?
atau
Adakah kau mahukan solusi yang paling cepat apabila makcik-makcik sudah bertanya, awak bila pula?
atau
Adakah kau mahu menjaga hawa nafsu?
atau
Adakah sekadar mahukan seorang peneman apabila kau balik lambat daripada program?
atau
Kau sendiri punya cita dan impian yang besar?

Dua.
Apa sebenarnya kau sudah bersedia untuk sebuah tanggungjawab?

Allah sendiri mengingatkan bahawa akad nikah itu sesuatu yang berat, seperti mana Allah menggunakan perkataan Mitsaqon Ghaliza, iaitu sebuah perjanjian yang berat di dalam 3 kisah ini:
i- ketika Allah membuat perjanjian dengan para Nabi dan Rasul Ulu Azmi (Al-Ahzab : 7)
ii- ketika Allah mengangkat Bukit Tsur di atas kepala Bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (An-Nisa : 145)
iii- ketika Allah menyatakan hubungan pernikahan (An-Nisa : 21)


Tiga.
Sakinah Mawaddah dan Rahmah.

Boleh lihat di sini untuk penjelasan Sakinah Mawaddah dan Rahmah  >> Membina Rumah Tangga - Salim A Fillah


Kalau mahu lihat Rahmah, lihatlah Rasulullah dan Khadijah.
Kalau mahu lihat Mawaddah, lihatlah Rasulullah dan Aishah.


Kalau berkahwin kerana cinta,
Cinta itu akan hilang satu hari nanti.

Kalau berkahwin kerana tanggungjawab,
Tanggungjawab itu akan dilepaskan satu hari nanti.

Kalau berkahwin kerana Allah,
Kau sendiri tahu ke mana ia menuju!


T A Q W A
Cukupkan ia selalu di hatiku!


No comments: