Sunday, February 22, 2015

Khadijah & Aisyah

Kisah Khadijah dan Aisyah. 





"Khadijah, ana nak tanya pendapat. Kalau enti dilamar bukan ikhwah, macam mana?"

"Gulp. Aisyah, Ana pernah tanya Ustazah Hawa. Pertama, ustazah kata kita kena istikharah dulu. Minta pandangan Allah. Jangan tolak tanpa istikharah. Sebab siapa kita untuk membelakangkan Allah? Kedua, ustazah ingatkan kenapa pentingnya istikharah. Kita sendiri tak tahu, apa dengan dia, kita akan melaju atau sebaliknya. Kemungkinan boleh saja berlaku, asalkan agama dia kheyr."

"Tapi kan Khadijah, when it comes to reality, macam susah nak buat"

"Em. Betul. Ana pernah je tolak mentah-mentah lamaran bukan ikhwah tanpa solat istikharah. Pastu ana kena marah dengan sorang akhawat ni. Akhawat tu suruh ana solat dan berdoa semula. Kenapa enti tanya soalan macam ni, Aisyah?"

"Ada orang tanya ana. Batch adik-adik. Batch baya kita pun ada. Khadijah, tapi sampai bila kita nak hidup dalam fantasi ikhwah akhawat, kalau ikhwah memang tak cukup?"

"Em. Betul. Jawapan untuk batch baya kita. Memandangkan usia kita sekarang dah menaik, ana rasa sesiapa yang datang, kita kena fikir dan terima. Asalkan akhlak bagus, agama bagus, insyaAllah kheyr. Amal Jamaie tu insyaAllah boleh sama-sama bagus selepas tu."

"Setuju. Ana sekarang dah memang doa secara khusus"

"Apa doa enti? Hehe"

"Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui urusan hidupku. Urusan hambaMu ini. Kurniakanlah aku seorang suami yang aku mencintainya. Dia mencintai aku. Dan kami menyintai Mu. Kurniakanlah aku suami yang terbaik buat agama-Mu ini, buat dakwah dan tarbiyyahku, buat keluargaku, buat kehidupanku dunia akhirat. Ya Allah berikanlah aku suami yang datang tepat pada masa dan tikanya. Yang mulia akhlak dan agamanya. Yang dapat menambahkan kecintaan kami padaMu. Yang dapat bermanfaat buat ummah. Yang aku dan dia saling dapat membahagiakan dunia dan akhirat"

"Pasal jodoh yang rahsia, selalu buat hati kita hiba"

"Sangat. Khadijah, ana rupanya banyak juga kongsi hal ni dengan enti. Enti yang masih rahsia"

"Aisyah, Uhibbukifillah"








No comments: