Wednesday, December 10, 2014

Tips lah sangat!



BAHAGIAN SATU

Tips travel ke Hanoi Vietnam 

1. Vietnam mempunyai dua ibu kota (capital), iaitu Ho Chi Minh dan Vietnam. Jika melihat peta negara Vietnam, ia berbentuk "S". Hanoi terletak di bahagian atas berdekatan negara China dan dikenali sebagai South Vietnam. Manakala Ho Chi Minh terletak di bahagian bawah berdekatan  negara Kemboja dan dikenali sebagai North Vietnam.

2. Hanoi tidak seperti Ho Chi Minh. Jika di Ho Chi Minh, sangat senang untuk berjumpa dengan orang Malaysia dan Muslim. Mana tidaknya semua peniaga-peniaga di Malaysia memborong kain dan barang disini selain di Bandung. 

3. Peratus yang beragama Islam di Hanoi hanyalah 0.1% sahaja daripada 9 million populasi penduduk. Selebihnya, beragama Buddha dan Ateis. Peratus ini sudah menujukkan bahawa sangat sukar untuk seorang Muslim survive di Hanoi apatah lagi mencari makanan halal. 

Jika di China, kita mungkin boleh menarik lafas lega dengan dakwah Saad Bin Abi Waqas di GuangZhou. Tetapi di Hanoi? Allahu Allah, satu tamparan yang hebat!

4. Hanoi terkenal dengan dua tempat yang Subhanallah sangat indah, iaitu Ha Long Bay dan Sapa. Bagi mereka yang sukakan alam (nature), saya sarankan anda ke Hanoi bukan ke Ho Chi Minh. Anda boleh Goggle Image sahaja dua tempat ini. (Maaf saya bukan photographer, jadinya gambar yang saya ambil kurang cantik sedikit.




5. Ha Long Bay sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Sapa pula sesuai untuk mereka yang backpackers dan sukakan cabaran. Saya sarankan untuk anda mengambil Pakej 2 Hari 1 Malam di Ha Long Bay (dengan tidur di atas kapal) atau 3 hari 2 Malam di Ha Long Bay (dengan tidur  di Cat Ba Island). 

Manakala di Sapa, anda boleh mengambil Pakej 3 Hari 2 Malam kerana disana anda akan mendaki gunung dan melihat suasana perkampungan. Suhu di Sapa sangat sejuk, iaitu 7 darjah celcius di awal Disember dan boleh jadi negatif dan salji turun di sepanjang bulan Januari. 

6. Cumanya, yang akan menjadi kesukaran di sini adalah makanan halal. 

Saya diingatkan oleh Nam, seorang pelajar lelaki Vietnam yang duduk di sebelah saya sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi. Katanya, "You must be careful. All food here have pork."

Pakej yang disediakan ke Ha Long Bay akan termasuk sekali makan. Anda akan dihidangkan dengan makanan laut (seafood). Ya, kita boleh makan seafood. Cumanya kita sendiri akan ragu-ragu bagaimana penyediaanya. Adakah periuk yang digunakan untuk mengoreng ikan sama digunakan untuk menggoreng bab*? Adakah periuk yang digunakan untuk merebus sayur sama digunakan untuk merebus bab*? Adakah cawan atau gelas yang digunakan oleh orang sebelum ini untuk meminum arak akan kita gunakan pula? Bila syubhah timbul, adalah lebih baik untuk kita tinggalkan. 

Bukan kita terlalu jumud, cuma fikirkanlah, makanan yang akan kita makan akan menjadi darah daging kita. Dan secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi hati dan kelakuan kita. Jika kita banyak sangat buat maksiat, dan hati keras untuk bertaubat, muhasabah lah semula, berkemungkinan ia datang dari cara pemakanan kita.

Dan saya cadangkan untuk anda order makanan lebih awal, kemudian bungkus dan bawa ke sana. Bawalah sekali cawan, pinggan, dan sudu plastik. Itu lebih selamat.

Saya menginap di Ha Long Hotel, berdekatan Masjid Al-Noor, iaitu satu-satunya masjid di Hanoi. Di dalam kawasan masjid, di sebelah kiri, akan ada sebuah restoran kecil iaitu Zaynab Restaurant. Saya makan selama 4 hari di Hanoi di restoran ini. Alhamdulillah, semuanya sedap dan murah (70,000NVD sahaja untuk nasi dan lauk jika nak dibandingkan dengan 140,000 VND di Nisa Restaurant, atau Little India atau D'Baba Nyonya)


7. Di sekitar Old Quarter, terlalu banyak Pagoda dan Temple. Quan Thanh Pagoda, One Pillar Pagoda, Temple of Literature, Ngoc Son Temple. Saya baru tahu ada bezanya Pagoda dan Temple. Pagoda untuk mereka yang beragama Budhha. Temple untuk mereka yang tiada agama (Aties) tetapi inginkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Fitrah manusia kan? :)

Saya tak cadangkan untuk anda ke sini melainkan anda aim untuk bertanya dan membuat sesi dialog mengenai agama. Mereka menerangkan agama mereka dan kita menerangkan agama Islam kita. Ala-ala Dakwah Street.


Jika tidak, cukuplah untuk anda ke Ho Chi Minh Mausoleum, Ho Chi Minh Museum, Penjara Hoa Lo, 36 Streets Old Quarter, Hoan Kiem Lake, Water Puppet Show dan Dong Xuan Market.


-------------

BAHAGIAN DUA

Tips Travel sebagai daie

Tips ini tidaklah penting mana pun. Sekadar berkongsi apa yang telah Allah ilhamkan untuk saya lakukan. Lillahita'ala.

Allah,
You are my all
You are my love
Words can't describe my love for you
Omar Esa - Allah 


1. Sebelum merancang ke mana pun, pasanglahlah niat, Aku Mengembara KeranaMu. Moga di akhir pengembaraan, kita akan berjumpa sesuatu. 

2. Tetapkanlah satu ayat al-quran sebagai tema pengembaraan kita. Apa sahaja ayatNya, pasti dapat mencairkan jiwa kita yang hanya seorang hamba!

Ali-Imran 190-191 adalah ayat favourite saya.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi yang berakal. Iaitu orang-orang yang menginngat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata, "Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.

3. Di setiap negara yang kita akan pergi, mesti ada Masjid. Ziarahlah Masjid. 

Dirikanlah solat tahiyatul masjid atau dhuha, infaqkanlah sedikit di tabung masjid, berjumpalah dengan orang tempatan muslim di sana, bersalam, berpeluk, dan mengucapkan salam Assalamualaikum apabila bertemu dan berpisah. Akan terasa iman anda sedang dicharge penuh seperti mana hp dicharge.

Indahnya nikmat Islam ini, ya Allah. Kau letakkan kami di berbeza negara, tetapi apabila satu waktu, kau jumpakan kami di satu tempat. Allahuakbar!

4. Bawalah apa sahaja samada buku, button badge, atau penanda buku mengenai indahnya Islam. Berikan pada mereka yang anda jumpa sepanjang pengembaraan. Tulis nama anda, nama fb dan sedikit kata-kata atau ayat al-quran di dalamnya. 

Mari tunjukkan Islam Rahmatan Lil Alamin.

Saya tinggalkan novel Raudhah karya Ramlee Awang Murshid di rak buku lobi Hotel Ha Long, Hanoi Vietnam.






Dengan harapan moga ada mana-mana Malaysian yang sedang mencari Allah di bumi Hanoi Vietnam mampu menemui jawapan setelah membaca novel ini.

Seperti mana berubahnya Faris, Si Awwabin, setelah menemui Allah dalam minda para sedarnya, moga berubah juga si pembaca novel ini.

Seperti mana kasih sayang Hambali pada Faris sangat tinggi sehingga sanggup mendermakan jantungnya, begitu juga sayang saya pada buku ini, moga panjang pahalanya nanti.

Kemana pun kita pergi, daie tetap tugas kita.




No comments: