Saturday, September 13, 2014

Membesar



Kita memang akan rasa kehilangan.
Bila kawan-kawan yang kita rapat melangkah ke alam yang baru.
Alam rumah tangga.

Selepas seorang, seorang.
Bulan lepas, Ukht Kemaman.
Bulan akan datang, Ukht JB.

Bila tetiba rasa cengek datang.
Bila tetiba rasa kenapa semua orang membesar dengan cepat?

Then,
Allah ingatkan balik dengan ayatNya

Ar-Rum 54

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa"



Ini memang sebuah kitaran, long.
Lemah, kuat, lemah semula.
Semua orang akan laluinya.
Yang beza samaada cepat atau lambat.

Berbahagialah awak long, bila mereka bahagia.
Berbahagialah awak long, bila awak dapat membantu mereka bahagia.

Bahagia bila membahagiakan.

Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jam'a Bainakuma Fil Khair.

Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.



No comments: