Thursday, June 6, 2013

Whatsapp ; Final Exam.


HNN; Kh tertanya-tanyala, nape ek orang yang tak buat kerja Soleh Musleh boleh cemerlang? Result gempak kot. Dean List setiap sem.

INA; Kh, ni dari pandangan kitala. Sori. Kita tak beriman dengan peperiksaan. Jadi kita tidak peduli dengan apa-apa hasil dari peperiksaan. Berapa ramai orang cemerlang tapi tak setel amalan sendiri? Baca buku gila-gila sampai lewat-lewatkan solat? Subuh jadi subuh gajah? Jadi apakah peperiksaan itu sebagai kayu ukur untuk kita katakan “oh dia 4 flat, manusia paling bagus?" Tidak. Hakikatnya Allah tidak menjadikan peperiksaan itu sebagai kayu ukur. 
Sebab itulah kita semua sekarang tengah beriman dengan perkara ghaib. Bukan dengan peperiksaan. 

HNN; uuuuuuuu. touched.

INA; Haa, cuba kalau kerja Soleh Musleh yang kh buat tu ada markah? Mesti lagi melambung tinggi markah kh dari orang yang tak buat kerja Soleh Musleh. Kan?

HNN; Wahhh, beshnyee!! Okeyh sila bersemangat HNN, anda sedang beriman dengan perkara ghaib!

INA; Macamtula baru ukhtiku sayang. Baru akhawat tegar namanya.

........

Siapa taknak result gempak? Siapa taknak dean list? Siapa nak result jatuh merudum setiap sem? Siapa? Pasti semua orang impikan pointernya dean list dan maintain setiap sem. Tipulah kalau kata takda, kerana kejayaan dan kecemerlangan itu fitrah, semua orang inginkan.

Peperiksaan adalah satu peluang yang Allah bagi untuk menguji sejauhmana kita beriman dengan perkara ghaib dan sejauhmana kebergantungan kita dengan DIA. 1% atau 100%?

Kenapa pulak macam tu? 

Yelah, kita belajar bersungguh-sungguh sekarang tetapi kita tak tahu keputusannya. Kita hafal nota sungguh-sungguh sekarang tetapi kita tak tahu apakah yang akan berlaku di dalam dewan peperiksaan nanti. Adakah kita akan ingat semuanya atau tiba-tiba blank? Nauzubillah. 

Semuanya bermain dengan iman.

Result asyik jatuh?
Pasakkan di dada. Semua itu urusan Allah. Kalau Allah nak bagi, maka dia akan bagi. Kalau Allah taknak bagi, maksudnya Allah nak suruh kita usaha lebih lagi dan hebatkan amalan kebergantungan dengan DIA.

Nak ke kita jadi orang yang belajar 24hours tapi beg amalan kosong? Kita tinggalkan amalan kebergantungan dengan DIA semata-mata untuk belajar? Tepuk dada, tanya iman.

Nota kaki Final Exam;
1- Sila jaga amalan kebergantungan anda dengan DIA. Solat awal waktu. Solat Dhuha. Solat Taubat sebelum tidur. Solat Hajat sebelum azan subuh. Baca Quran sebelum belajar. 
2- Tension-tension takyah bukak lagu, pi sana pasang ayat quran. Tenang.
3- Jaga hubungan dengan rakan-rakan. 


Allah sangat suka orang yang berusaha sebaik mungkin dalam semua perkara.

Mari meraih CintaNYA, BerkahNYA dan RedhaNYA sepanjang kita berfinal exam ini!



#tabik spring dengan mexec! berkahi masa-masa mereka, rabb! tadhiyyah (pengorbanan) mereka sangat tinggi. aku? tiada.

1 comment: