Wednesday, October 10, 2012

Kembara Beijing





Di sini kau berdiri.Berpijak di bumi.Menjunjung langit yang luas.
Pernahkah kau berfikir.Alam penuh rahsia.Anugerah Yang Maha Esa.


Alhamdulillah berkesempatan melihat negara orang bersama keluarga tersayang, during Independence Day. Tak jauh mana pun, tapi 6 jam perjalanan sangat memenatkan.

Pernah dengar "Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"? Ya. itulah negara yang kami lawati. Negara yang Rasulallah hantar sahabatnya, Saad bin Abi Waqas ke China untuk berdakwah, mengajak penganut agama konfius kembali kepada agama yang sebenar-benarnya, iaitu ISLAM. Saya rasa anda perlu membaca seerahnya sebelum anda travelling ke sana. 

#Cuba teka Maqam Saad bin Abi Waqas di mana? [Guangzhou]


  Berjalan,bermusafirlah.Melihat kebesaran tuhan.Yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnianya.Nilai harganya,iman dan taqwa.Bagi hamba yang setia.


 

Ada sesuatu yang menarik berlaku pada kami di Great Wall of China.

Tasmi' Al-fatihah di Great Wall of China (Versi Hasnin).

Ketika tercungap-cungap mendaki mengejar adik-adik saya yang dah ketinggalan jauh di atas, saya disapa oleh 2 orang Pak Arab.

Arab    : Assalamualaikum. Are you muslim? 
(Mungkin dia nampak saya satu-satunya perempuan bertudung yang sedang mendaki.)
Hasnin : Waalaikumsalam. Yes I Am. I'm from Malaysia. Where are you come from?
Arab    : I'm from Misr, and he's from Nigeria. Can you read Alquran? Are you Hafizah? (sentap kot bila pak arab tanya soalan ni. rasa malu pun ada.)
Hasnin : Yes, I can read Al-quran but i'm not hafizah. I'm just remember a part of it, juzu' 30.
Arab    : MasyaAllah. Allahu yubarik. Can you read it? (Sambil mengeluarkan recorder ala2 handphone dan ajukan pada saya)

Tasmi' Al-fatihah di Great Wall of China (Versi Hasnan).

Katanya, ketika sedang duduk di tangga bagi menghilangkan penat mendaki, ada 2 orang Pak Arab bagi salam.
Arab     : Assalamualaikum.
Hasnan : Waalaikumsalam. Min aina anta? Ana min malaysia.
Arab     : You can speak arabic? (dengan nada terkejut)
Hasnan : Alhamdulillah but little little.
Arab     : Ana min misr, wa hia min nigeria. Hal anta hafiz?
Hasnan : La'. Limaza?
Arab     : Can you recite Al-fatihah for me? (sambil mengeluarkan recorder ala2 handphone dari poketnya)

Bila dah habis baca surah Al-fatihah, pak Arab tu pun peluk erat-erat adik saya, cium pipi kiri dan kanan. Dan banyak kali dia cakap syukran syukran. Pak Arab tu nangis.

Yelah, mana taknya, bila anda travelling ke negara non muslim lama-lama, anda akan rasa macam kerongkong ni tersekat. Rasa macam tak boleh nak bernafas. Tapiiii, saat anda jumpa dengan orang islam, tak kesahlah dari negara mana pun, anda akan rasa happyyyyy sangat. Senyum sampai ke telinga.

Bila kami turun dari Great Wall of China, kami ceritakan pada umi dan abi. Dan ternyatalah, dua pak arab tersebut adalah orang yang sama. Cumanya adik saya jumpa dahulu kerana dia di checkpoint 13 dan saya di checkpoint 9. 
 
Berjalanlah ke pelusuk manapun, kita tetap berkiblatkan tuhan yang satu.
Mesti kita berbeza bahasa, namun hati punya bahasa lain saat bertemu. Saat tangan berjabat, merangkul jasad dengan penuh kecintaan, dan segenap perasaan cinta memenuhi hati saat bertemu. Oh, indahnya rasa itu Ya Rabbi.
Allah menemukan hamba-hambaNYA di satu tempat yang sangat asing, walhal mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain. Kerana keimanan padaNYA, kami bertemu. Kerana ayat-ayatNYA, kami bersatu. Alhamdulilah kami sangat-sangat bahagia. Moga Allah satukan kita dalam cinta kepadaNya.

8:63
" Dan Yang mempersatukan hati mereka (oran
g-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
{ Al-Anfaal: 63 }


 

Cuba anda baca dan terjemahkan kalimah Bahasa Arab dalam gambar diatas.  

الدعوة الى الله لكل الصنيين

InsyaAllah, musafir kami bukan musafir biasa.

2 comments:

little daie said...

heybat la orang tu!!

=P

Unknown said...

saya pernah duduk di negara orang selama 4 tahun..mmg rasa sgt happy kalau terjumpa orang seagama apa lagi kalau terjumpa orang seagama & senegara :)