Friday, August 24, 2012

yang pfurrrrr


Jangan sambung baca, kalau sekali imbas macam blur-blur. Heh.

Kadang-kadang merasakan tidak layak berbicara mengenai Dnt, apatah lagi menyebut sebutan daie. Saat Orang lain duk pum pang pum pang busy dengan dnt di negeri masing-masing. Saat orang lain yang duduk jauh sanggup turun meeting bersama siang dan malam. Aku? Duduk di meja sudut itu. Bermain-main dengan Sales Order, Invoice, Official Receipt, Cash Sale, Payment Voucher, Cheque, dan apa entah lagi.
Yang pfurrrrrrrrr.. (gaya mat lutfi)

Sampai pernah sent message ni kat sape ntah. Heh.
“boleh tak nak fedup dalam dnt ni?
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Istighfarla beb!

Jika cuti inilah kerja saya, membantu umi di D’reka. Naik pecah kepala nak handle admin, HR, dan akaun. 1 orang handle semua. Pfurrrr.
Jangan risau result exam saya tak gempak pun macam orang lain. 

Alhamdulillah D’reka telah bernyawa selama 8 tahun. Bermula dari umur saya 9 tahun, darjah 3 di Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah  Seremban sehinggalah kini 21 tahun di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai.

8 tahun membangunkan D’reka bukan mudah.

Yang dicinta kan pergi. Yang didamba kan hilang. Hidup kan terus berjalan. Meski penuh dengan tangisan. 

Tiada satu yang tersembunyi. Tiada satu yang terlupa. Segala apa yang terjadi . Engkaulah saksi.

Kau Yang Maha Mendengar. Kau Yang Maha Melihat. Kau Yang Maha Pengasih. Kau Yang Maha Penyayang. Kau Yang Maha Pelindung. PadaMU semua bergantung.

Jika ada yang bertanya, apa susah-susah kerja je la dengan government?
Heh. Adik2 saya bukan yang hebat akademik seperti anda. Adik2 saya ada yang bukan normal seperti anda. Bayangkan 10 tahun akan datang, ketika mereka ingin mencari kerja, agak-agak siapa yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka? Siapa? (T____T)

Rabbiku,
Dengan perniagaan yang  di bina ini,
Kami mahu menjadi seperti Abdurrahman Bin Auf, yang sangat sangat dermawan.
Jika ada yang menghulurkan tangan meminta bantuan, dialah orang yang pertama memberi.
Kami yakin rabbi menjadi orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.

Kami mahu menjadi seperti Umar Abdul Aziz.
Setiap rezeki yang diberi, dikongsi dengan semua orang, sehingga tiada istilah miskin saat dia memerintah.
Dengan rezeki yang kau limpahkan rabbi, kami ingin kongsikan dengan semua orang, agar dapat diringankan urusan yang berat dan dimudahkan urusan yang sukar.

Kami mahu menjadi seperti Abu Bakar Asidiq.
Diinfakkan semua hartanya di jalan Allah, sehingga tiada apa yang tinggal buat diri dan keluarganya. 
Dengan setiap rezeki yang kau kurniakan rabbi, membuatkan kami berlari laju di daerah ini. Daerah "dulu kini dan selamanya." 

Rabbi,
Sesungguhnya penat lelah kami kerana redhaMU, Allah.
Sesungguhnya penat lelah kami kerana cintakanmu, Rasulallah.
Sesungguhnya penat lelah kami kerana sayangkanmu, Deen Islam.

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalan di tadirku

Moga Allah terima penat lelah ini.
Tiadalah yang lain selain
Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam 


1. 24 ogos adalah memo peringatan buat saya bahawa maut makin menghampiri. 63 tahun tolak 21 tahun berapa? Ya, 42. Hidup saya hanya tinggal 42 tahun sahaja lagi. Tu pun kalau Allah ikut timeline RasulAllah. Kalau lebih awal nyawa saya ditarik? Sudah cukupkah bekalan?


2. Semua orang nak pergi mesir jordan. Tinggallah saya seorang di sini. [Devotees-Sahabat]

3. Darah kurang. Tekanan darah rendah. Belakang S. Macam-macam Allah nak uji.

4. Moga bertambah umur, bertambah berkat, bertambah iman, bertambah ibadah. ^_^

1 comment:

little daie said...

ana tau nti mampu, lau tak nape nti masih duduk di meja sudut itu...
^_^

He know the best.anything roger ana...
byk terpukul entry nie T_T