Sunday, March 11, 2012

kahwin? gempaknya tajuk!

"k.h, asal dorang nak kahwin awal? kita tak fahamla. Dorang tak fikir ke macam mana nak sara hidup dorang? ish,bla bla dan bla."

"XXX,k.h lagila tak tau. dah sampai seru kot. InsyaAllah, Allah tahu apa yang terbaik untuk dorang"

Itulah antara perbualan saya dan junior saya di Hira' dulu.
Bila kami berbual mengenai senior2 kami yang akan berkahwin ketika mereka masih menuntut ilmu di alam pengajian.

Seriously, saya tak tahu nak explain macam mana. 
Ini je saya jawab : InsyaAllah, Allah tahu apa yang terbaik untuk dorang.

Sampaila saya mendengar sendiri khutbah nikah pada malam jumaat yang lalu. Sepupu saya yang nikah. Jangan pandai-pandai buat assumption sendiri. Tampar kang! :p

[http://www.kahwinmuda.com] 
[http://www.youtube.com/watch?v=p0zvTLmWRxM]

1) Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi.

2) Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)

3) Dan kahwinilah orang yang bujang di antara kamu, dan orang yang layak berkahwin daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezekiNya. Dan Allah Maha Luas PemberianNya dan Maha Mengetahui. Annur-32

Saya yakin mereka beriman dengan Allah, mereka beriman dengan RasulAllah, mereka beriman dengan ayat-ayat Allah, sebab itu mereka mengatakan "im say yes for nikah". 

Mereka serius bila membincangkan pasal hati. Mereka berpandangan jauh. Hebatkan dorang?

Ala, budak zaman sekarang pulak. bila ditanya, dah ada pakwe belum?huh. hehe. senyum2kambing. dah ada dah. tapi takdela terfikir sampai nak kahwin. main-main je dulu.

Entahla. Best sangat ke main2 ni? Bagi saya yang dah tua ni, penatla nak main2. Merajuk kena pujukla. Kena jaga hati diala. Ish, lebih baik saya jaga hati umi abi. dapat pahala sikit. Banyak lagi tanggungjawab yang difikirkan.
[ini pandangan saya. It's up to you, Tapi saya open je. jangan marah] 

Tak nafikanlah, dah masuk umur 20an, isu kahwin menjadi isu hangat di antara kawan-kawan. 

Satu sahaja,
dengan meYAKINi ayat Allah ni, kita akan berusaha untuk menjadi hambaNYA yang terbaik. Sebabnya, dengan menjadi hambaNYA yang terbaik, insyaAllah Allah akan temukan kita dengan si "dia" yang juga hambaNYA yang terbaik.

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).”
AnNur ayat 26

Dua sahaja,
Naqibah sekolah menengah saya kata, start dari sekarang, amalkan doa ni setiap kali anda berdoa. InsyaAllah, Allah bantu anda dalam mencari si "dia".
Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyatina Qurrata A'yun Waj'alna lil muttaqina imama. 

Saya bagi satu analogi, untuk kita sama-sama fikirkan.

Wanita ibarat epal. Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang berkualiti tak mampu dibeli kerana di puncak. Susah dipetik dan susah di gapai. 

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? 
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. 

Sedangkan Allah telah menjadikannya begitu tinggi martabatnya sehingga tiada sipa yang berani memetik, hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. 

Doa doa dan terus berdoa. The time will come.
 

fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study fokus saya pada study

1 comment:

rimbunhijau said...

the time will come :)