Monday, February 13, 2012

TERASING~


[TERASING] 
-----------------------------------------------

"sahabat"
"janji dua perkara"
"pertama, ingati aku dalam setiap doamu"
"kedua?"
"kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok kau luruskanlah"
"sahabat"
"jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu"

------------------------------------------------

janji terpatri antara dua orang sahabat
saya sayang kamu kerana Allah-Zaman-
saya juga sayang kamu kerana Allah-Saifullah-
sampai satu masa
cita-cita memisahkan mereka
sorang ke hulu
dan sorang ke hilir
pada mulanya
jarak tidak memisahkan ukhuwah mereka
saling berYM dan berbalas email
but then "something was happen"
Zaman mengASINGkan diri dari Saifullah
dan hubungan mereka terputus di situ
saat Zaman kecewa, dan tiadanya sahabat soleh di sisi
syaitan mula mengatur strategi
sahabat kepada syaitan menjadi sahabat kepada Zaman

Akibat keTERASINGan kau, kejahatan mampu membawa kau pergi.

Apabila seseorang itu berada dalam keadaan yang merasakan dirinya ditinggalkan, diasingkan, pertahanannya akan menjadi semakin tipis. Ada perkara lain yang berlaku kepadanya sehingga menyebabkan dia gugur seperti hari ini.

------------------------------------------


"kenapa kau nak susah-susah? Atau kau sudah tak sayang nyawa?"
"bukan sebab aku tak sayang nyawa, tetapi sebab aku sahabat kau"
"Aku janji, aku hendak tarik kau daripada kerosakan bila kau tersungkur"


------------------------------------------


Sahabat, mereka adalah teman seperjuangan. Mereka pembina semangat dan penunjuk jalan. Macam orang putus asa bila sesat waktu malam, tengok bulan bintang, mereka akan rasa damai dan mungkin dengan bintang, mereka akan dapat petunjuk arah. 


Sahabat, mereka menuntun kita ke syurga, membantu menjauhi neraka, menghulurkan tangan dan menarik kalau tersungkur di lembah jahiliyah, dan membawa pulang mengingati Allah.


-----------------------------------------


"gome" *aku minta maaf. bahasa jepun
"aku tak simpan dendam dengan kau. cuma aku risau, kalau aku tidak mampu mengeluarkan kau daripada kerosakan."
"tetapi, kau nyata bersungguh-sungguh membantu aku keluar"
"sebab aku dah berjanji"
"terima kasih. Aku rasa bersalah menuduh kau dan senior mengasingkan aku. Sebenarnya aku sendiri yang mengasingkan diri aku daripada rahmat Allah"
"tak perlu terima kasih, kita kan sahabat?"


-----------------------------------------------


Manusia yang benar-benar kembali kepada Allah, dengan manusia yang jauh daripadaNYA, memang berbeza ya? Walaupun dia sebenarnya manusia yang sama.


Iman dan takwa itulah sebenanya yang mencorakkan peribadi.


-----------------------------------------------
Jangan mengasingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tak terasing daripada hidayah Allah!
----------------------------------------------


pernah rasa perasaan terasing tu [time tengah cari cara mana yang sesuai]

Bukan orang lain yang menyebabkan kita terasing, tapi diri kita sendiri yang menyebabkan kita terasing. 


Bila ada kawan yang terasing, jangan sisihkan dia [pandang sleck pun jangan], pegang tangan dia dan bawanya kembali ke jalanNYA yang satu. :) 
"kita kan sahabat?"


Buku ni sesuai untuk dijadikan hadiah "ukhuwah" kepada kawan-kawan. 
[Adik beradik pun boleyh~] 
Bila dah bagi buku ni, mesti makin kuat ukhuwah kerana Allah tu. 
Macam saya pernah cakap sebelum ni, ukhuwah tu macam makan coklat. Bila dah makan, akan tersenyum dan takkan nangis-nangis dah. :)


[mula berjinak-jinak dengan karya Hilal Asyraf dek penangan "Hero" nukilan beliau jugak. "Hero" saya tak beli, tapi pinjam dari junior Hira' di Shah Alam. :)]


Uhibbukumfillah~ [saya sayang anda semua kerana Allah!] 
love double2 tau. xmaula. tukar. love infinity.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

2 comments:

little daie said...

"Ya Allah...andai aku tidak mampu.. ku tahu Engkau ada untuk hambaMu. Pegang eratlah hati kami,ya Allah...ameen."

'pandang sleck pun jgn',like! huhu. syg nin super duper triple sebab Allah suruh^_^

Muna Majidah Zameran said...

luv tu xsmpai infinity,
ada 41 biji je..

astaghfirullah, bnda lain la yg dsampaikan..

insyaALLAH, mga kita semua kuat kerana talianNYA