[mood exam]
Sekadar peringatan untuk kita semua.
Kejayaan adalah milik Allah.
Kejayaan bukan milik manusia dan bukan atas usaha manusia semata-mata. Tapi atas kuasa dan kudrat Allah. Kalau dia nak beri, maka dia akan beri.
(ha? yeke? tak percayala. habistu?)
Saya bagi satu analogi untuk kita sama2 fikirkan. Sebelum kita nak pandai berenang, kita mesti berusaha dulu kan? Kita pergi kelas berenang untuk belajar berenang. Lepas kita dah pandai berenang, kita pun pergilah laut untuk aplikasikan apa yang kita dah belajar. Boleh jadi, kita yang memang dah pandai berenang ni lemas kat tengah2 laut kan? Itu semua kuasa dan kudrat Allah. Kalimah "kun fayakun" tu ada pada tangan Allah. Kat sinilah pentingya TAWAKKAL.
Macam tu jugak dengan belajar, apabila kita dah berusaha sehabis yang mungkin, pastu kita masuk dewan periksa. Kita tak boleh cakap dengan bangganya "mesti aku boleh jawab semua soalan sebab aku dah belajar sungguh2." [nauzubillahiminzalik]
Nak tahu tak? Boleh jadi time exam tu, Allah nak tarik semua ilmu yang kita dah belajar dan blankkan otak kita. [nauzubillahiminzalik]. Ha langsung kita terkebil2 nak jawab apa.
Inilah yang saya katakan, semuanya milik Allah. Semuanya atas kuasa dan kudrat Allah. Kalau Allah nak beri, maka Allah akan beri.
Tapi kita janganlah risau, Allah tu baiiiiiiiiikkkk sangat. Apa bukti? Ni ha, kata-kataNYA untuk kita!
And those who strive for
Us - We will surely guide them to Our ways. And indeed,
Allah is with the doers of good. [29:69]
Itu sahaja..
Jap, kita betulkan niat, kita belajar sebab apa?
1) saya nak Allah tengok saya. saya nak bersamaNYA selalu, dekat denganNYA selalu dan bahagia bersamaNYA. Jadinya saya kena belajar bersungguh2. Allah suka orang yang berusaha sebaik mungkin dalam semua perkara.
2) saya saaaaaaaayang rasulallah. saya nak jumpa rasulallah kat syurga nanti.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (yang maksudnya):
“Barangsiapa
yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah
akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)
Jadinya, saya kena belajar bersungguh2.
3) umi abi saya dah banyak berkorban untuk saya. saya nak gembirakan ♥ mereka, jadinya saya kena belajar bersungguh2.
4) saya ada ramai adik beradik. saya nak mereka rasa pentingnya belajar dan berjaya, jadinya saya kena belajar sungguh2.

1 comment:
lagi satu...
sebab saya ada kawan yang nak masuk syurga. dan saya nak saaangat jadi teman dia di sana...ameen
Post a Comment