kronologi 1 minggu "nyamuk jahat" menggigit. Sory tak thiqah.
f o b i a
Rabu - 7.30pagi-2.30 ptg, Teluk Kemang, Port Dickson : Rehlah bersama TMB1. Best! Nama group saya group Rukun Islam yang ke"5" sebab saya ahli baru dalam group no. 5. haha. macam-macam dorang punya aktiviti. bak kata org tganu have fun"g" ok :)
bila kat pantai, saya terfikir, "cuba bayangkan kalau tsunami tiba2 datang? korang nak buat apa? korang nak lari ke mana? huhu. cuak kan? cuba bayangkan kalau habis semua orang kat pantai tu, tsunami ngap dan makan. tak kisahla dia pakai baju adik dia ke baju diri dia sendiri ke. huhu. takut kan? tiba2 teringat neraca amal. dah cukup ke nak masuk syurga? huhu."
sambung balik ke main topik "nyamuk jahat". Time kat sini, saya dah terasa lain sikit, ada 1 minit tu tibe2 je gelap pandangan. Ish,nape pulak ni. Saya terus duduk dan rehat sekejap sebelah tong minuman di gazebo sambil tunggu arang BBQ panas.
Malam rabu tu, selepas isyak, saya rasa sejuk sangat. Sejuk mengigil. Saya ke rumah syidah dan tanya apa aktiviti terakhir mereka di Teluk Kemang. sebab saya balik awal. Haha. Kelakar. Ada ke patut laki pakai tudung, perempuan pakai tie? Hurm, mereka>>Kanak-kanak Ribena. Haha.
Sejuk tu tak hilang malah berdouble2 sejuk bila ke rumah finaz. Ice Room agaknya. Haha. Kami "berganding bahu" memikirkan checkpoint dan eksplorace rakan muda. Nak claim selain "hati terluka" boleh tak?
Khamis - saya msg nana pukul 4 pagi "korang nek bas boleh? Hasnin demam+sakit belakang". saya memang tak boleh tidur malam tu. penat saya tukar posisi tidur saya. ke kiri kanan, kaki kejap atas kejap bawah. Badan saya sekejap sejuk menggigil, sekejap panas menggila. Selepas solat subuh, alhamdulillah saya terlena.
Tiba-tiba pulak, ada towel basah kat dahi saya. Terkejut saya, sape pulak tercicir towel ni. Tak kanla nak sidai towel atas dahi saya kot. Haha. Rupa-rupanya mereka (nana,syidah,ima) datang ke bilik saya. Badan saya memang panas betul. Syidah siap letak tangan dia kat kaki saya untuk dapatkan haba. Ingat saya ni oven ke? Haha. Nana cakap kena "cool"kan panas ni, sebab bahaya especially untuk kepala dan otak saya.
Saya tekad, saya nak balik rumah. Kalau saya sakit, biar saya sakit sorang2, jangan nak susahkan orang lain. Huhu. Itu prinsip saya. Tapi kalau orang lain sakit, jangan nak sorang2. Wajib bagitahu saya! Haha.
Sebelum saya balik, saya baca pantun khusus untuk saya dari pakar pantun kita finaz.
Saya Menangis. Saya Terharu. dengan UKHUWAH. Terima Kasih Semua!
Jumaat & Sabtu - Saya off. Hanya bergantung pada ubat yang diberi oleh Klinik Hana. Mula2 rasa sejuk. Ambil selimut, tutup badan. Pastu panas datang. Habanya tahap maksimum. Macam tula cara demam ni mengganas. Muntah tak habis2. Perut sakit. Belakang dan sendi2 dah lenguh. Makan tak lalu. Nasib baik umi masak bubur. Sedap! :)
Ahad - Petang tu, saya dah tak tahan. 5 hari demam tak kebah-kebah. Badan saya dah lembik. Tapi klinik semua tutup!. Pukul 10 malam, abi ajak saya pergi Hospital Az-Zahrah, Bangi. 1 jam tunggu. Pukul 11 malam baru dapat jumpa doktor. Mula-mula doktor check guna termometer, temperature badan saya normal (memangla sebab baru lepas makan ubat), pastu terus buat blood test. Tak suka part cucuk-cucuk ni. Kita skipla ye. Haha. 10 minit lepas tu, doktor panggil balik. "Awak memang denggi, darah merah awak rendah, platlet awak rendah, awak ditahan. awak tak boleh balik. kena masuk wad"
Huhuhuhuhuhuhu.. Saya msg beberapa kawan, dan beritahu saya kat hospital dan memang denggi. Padahal sebelum tu, selama 5 hari demam saya x kebah2, berpuluh2 miskol saya tak angkat, berpuluh msg saya tak jawab. Huhu. Mintak Maaf. Saya tak larat. Pukul 12 tgh malam, saya diusung ke wad "UMMU SALAMAH" di tingkat atas. Cucuk lagi sekali, sebab nak masuk air. Mak ai, Sakit tahap gaban!
ISnin - pagi-pagi, pukul 6.30 pagi nurse dah datang, "adik,akak nak amek darah ye". haish, cucuk lagi. 2 botol air garam dah masuk dah dalam badan saya selama 6 jam saya di wad Ummu Salamah. Tangan saya dah bengkak-bengkak. Kaki saya dah besar. Penuh dengan air. Macam Hulk pun ada. Haha.
8.00 pagi, sarapan pagi sampai. Nasi Goreng Kicap dan air 3 in 1 Vico. Uish, tak masuk tokak den do! Makan satu sudu, pastu baring.
Sesekali dengar baby merengek. Uwek! Uwek! :) Saya amek 4 bed. Ada 4 orang dalam satu bilik. Dan nama kat pintu bilik Ummu Salamah tu, saya sorang je CIK. CikHasnin Naajihah Bt. Nazemi. Haha. Yang lain, 3 orang lagi PUAN. Yelah, yang lain masuk wad sebab nak bersalin, saya masuk wad sebab denggi. Setiap hari berbeza-beza orang duduk di depan dan sebelah katil saya.
Time ni, berpusu-pusu msg masuk dalam hp saya. Huhu.
Saya Menangis. Saya Terharu. dengan UKHUWAH. Terima Kasih Semua!
Ili Nadhirah bg ni :
Saad b. Abi Waqas berkata : Aku bertanya kepada nabi saw : Ya Rasulallah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya? Nabi menjawab : Para nabi. Kemudian yang menyerupai mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis diuji sesuai dengan itu. Dan kalau agamanya kukuh, dia diuji seseuai dengan itu. Seseorang diuji terus menerus sehingga dia berjalan di bumi, bersih dari dosa. (HR Bukhari)
Semoga diberi kekuatan.
Petang tu pulak, WaRaQ dan SAFF (abel,aina,najihah,muna,nadhirah,kak are) datang. Dorang tanya umi saya. Haha. Nak tanya saya, jangan haraplah saya akan bagitahu saya dimana dan bagaimana diri saya time tu.
Saya Menangis. Saya Terharu. dengan UKHUWAH. Terima Kasih Semua!
Selasa - Pukul 9 pagi, Doktor datang, "Hasnin, awak kena makan. Platlet awak 50. Rendah sangat. Bahaya. Kalau Normal 150. Ni dah half dari normal". Untuk orang akaun seperti saya, tak faham, platlet tu apa? Haha. (kalau salah tolong betulkan) Dalam darah kita ada sel darah putih, sel darah merah, dan platlet. Platlet ni tugas dia bawak makanan atau protein mcm tu la. Dan Dia mengawal kepekatan darah. Ala-ala antibodila. Nak tahu tak, kalau orang demam denggi berdarah, platlet dia boleh jadi negatif. bahaya sangat2. dan bila negatif, dah kena masuk ICU.
Rabu - Saya paksa diri saya makan. Saya takut masuk ICU. Satu suap makanan masuk, satu teguk air saya minum. Saya tolak balik makanan tu ke dalam perut. Bagi jangan kuar.
Seperti biasa, doktor datang dan check. Doktor tengok tangan saya, kuning. "Hasnin, awak kekurangan darah. Awak heavy period ke setiap bulan?". Saya angguk dan Adoyai Darah Kurangla pulak. "Xpe, saya bagi awak vitamin dan zat besi".
Satu hari, saya kena telan 5 biji ubat. Demam, vitamin, Zat besi, gastrik dan tahan muntah. Banyak kan? Tak campur lagi beberapa botol air kena masuk dalam satu hari. Tak campur lagi satu hari kena minum 1 botol besar air kosong. F O B I A. Hurm, Setiap 1 jam, tandas tu port terbaru saya. Nak terkucil jo raso ei.
Khamis - Hari terakhir di wad! Alhamdulillah! Platelet saya menaik! Jadi 88! Hehe. Nurse cakap, kalau platlet saya dah naik, saya boleh Discharge! Saya senyum bokan main bosar! Gumbira! Hehe.
Doktor datang seperti biasa, "Awak boleh balik hari ni, tapi awak kena datang jumpa saya minggu depan. Platlet awak dah ok, tapi darah kat hati awak tinggi sangat, 300. Kalau normal 50 je. Kami takut awak hepatitis".
Dalam hati saya, Hepatitis pulak dah? Adoyai. Apa pulak Hepatitis ni? Saya tanya nurse, "akak,hepatitis tu apa? Bahaya ke?". Nurse tu kata, "kalau baby, demam kuning. Kalau orang dewasa, hepatitis. Awak kena hepatitis ni infection dari virus denggi. Tak pe, mingu depan kita tengok result dari blood test"
Tamat citer pengalaman pahit saya.
Sekarang pening, mid term belambak! Assignmnet! Study ketinggalan!
Doakan saya~takut~Definisi KUAT#infinity saya perlukan
3 comments:
dun worry nin...
Allah always be with those rememberred HIM most.
^_^rase kerdil jer diri
haa..baru tau kisah sebenar.
be strong ya, kuatkan semangat.
bak kata ustaz Pahrol, 'bukan soal apa yang dilihat,tapi bagaimana kita melihatnya'
jadinya, pandanglah setiap yang berlaku dengan hikmah. must be somthing behind it.
put y0ur trust to HIM ya. always :)
may ALLAH bless you.
(panjang entri kali ini...)
yeah!
nin da lepas ujian ni..
alhamdulillah
Post a Comment