Terkadang kita perlu fokus kepada hati.
Sekalipun pun kita hebat dalam DnT. Bukan jaminan menjadikan hati kita telah selamat dari sakitnya kerana kita adalah insan dan insan sifatnya adalah berubah rubah mengikut imanya!
Sakit zahir kita, kita rawat bila terasa sakit. Sakit batin kita, kita tidak tahu bila sakitnya. Bila lemahnya. Bila perlunya pada perhatian kita.
Terkadang kita pun pelik kerana kita ditarbiyah setiap hari namun tidak boleh bergerak.!
Terkunci dan terbelenggu.
Kita mentarbiyah terkadang kita tidak boleh menambah amal!
Inilah sakit kita.
Sakit yang tidak kelihatan namun memerlukan treatment yang serius.
Kita lalui jalan kebenaran ini dengan ranjau ranjau perjalanan namun selalunya kita lupa masaalah hati kita. Kerana kita selalu merasakan kita selamat.
Kita selalu rasa, kita dah buat yang terbaik dalam hidup ini dan dah rasa memadai dengan usaha itu.
Lalu kita biarkan hati kita kesunyian tanpa teman bicara.Sehingga hati kita merajuk dan mnguap dalam gumpalan kelalaian.
Ketuklah pintu hati kita.
Kejut ia.
Bicara dan dialoglah dengan nya tentang dunia.
Tentang malakatul maut.
Tentang sakaratul maut.
Tentang kesakitan Rasullulah menghadapi sakaratul maut.
Tentang kubur.
Tentang mungkar nangkir.
Tentang sempitnya barzah yang digambarkan salah satu dari keazaban neraka.
Tentang hari kiamat.
Tentang mahsyar.
Tentang sirat.
Tentang bagaimana kita Q untuk menunggu timbangan amal yang memakan beribu ribu tahun waktu akhirat.
Tentnag tenggelamnya kita didalam peluh dan nanah dalam penantian itu.
Tazkir hati kita!
Beri maklumat padanya tentang peristiwa2 ini.
Nasihati dia.
Betapa sulit dan pahitnya kehidupan akhirat.
Fahamkan keinginannya terhadap dunia ini dan guide dia akan batas batas yang perlu ia cintai.
Bagaimana untuk mencintai dunia seadanya.
Bagaimana mencintai akhirat sepatutnya agar hati kita sentiasa dan tetap berada dalam kesejukan embun hidayah dijalan Allah ini!
Hasan Basri berkata ” Seorang hamba akan tetap berada dalam kebaikan selama ia masih boleh menasihati dirinya sendiri dan selalu memelihara untuk menghitung hitung dirinya sendiri”
Keselamatan hidup kita tergantung pada seberapa banyak kita mampu mengawal dan memelihara hati kita dalam menempuh hidup.
Kita manusia dan tidak boleh jadi malaikat.
Sering melakukan kesilapan dan amat akrab dengan dosa. Apalagi jiwa kita yang kita biar tanpa rawatan zikir. Tanpa kita programkan dengan amalan amalan harian yang didambakan oleh hati yang teramat sangat.
Kita selalu rasa kita cukup dengan amal yang ada namun kita tidak tahu, betapa perlunya hati kita kepada dos rawatan yang mencukupi.
Apalagi bagi seorang murabbi dan da’i yang senantiasa membimbing manusia.
Perlu sentiasa menjaga hatinya.
Mengawal hatinya dari sifat sifat tercela.
Sifat yang tersembunyi.
Terkadang kegagalan da’i di track dakwah adalah disebabkan oleh dirinya.
Disebabkan oleh hatinya.
Hati yang penuh kekaratan riya’ dan sumaah.
Ujub dan takbur dengan pujian yang melimpah ruah dari mutarabbinya. Dari masyarakat.
Da’i perlukan waktu sendirian sebelum merehatkan matanya.
Merenung diri dan membiarkan hatinya berbicara tentang dirinya sendiri.
Agar hati itu tahu akan penyakitnya.
Jangan sekali kali melawan suara hati.
Menyelewengkan ruhani.
Apalagi berdusta pada diri sendiri!
(http://muharrikdaie.wordpress.com/2009/07/10/rawatlah-hati-bangunlah-insan/)
ubat hati itu lima perkaranya
yg pertama, baca Qur’an dan maknanya
yg kedua, sholat malam kerjakanlah
yg ketiga, orang sholeh ikutilah
yg keempat, puasa sunnah amalkanlah
yg kelima, dzikir malam sekuatnya
salah satunya siapa bisa mengamalkan
insyaallah Allah akan meridhoi
No comments:
Post a Comment