Semestinya anda dan saya pernah diajukan soalan sebegini bukan?
Paling tidak pun, persoalan-persoalan seperti ini pernah bermain di benak fikiran kita setelah tamat tingkatan 5? Kita pasti tertanya-tanya mana hala tuju kita seterusnya.
Nak cakap lebih-lebih mengenai study di luar negara (terutamanya di negara-negara timur tengah) pun, saya tiada pengalaman.
Mesti beststudy kat sana kan? Sebab ada 4 musim. Sebab biaah yang best. Dan macam-macam sebab yang lain. INFINITY~
Meh kongsi pengalaman anda di "comment" dibawah.
Alhamdulillah, setelah tiga tahun study di USIM (1 tahun tamhidi + 2 tahun degree), saya rasa bila kita study di Malaysia, kita dekat dengan family. Apabila kita dekat dengan family, saya tak nafikan, kita senang nak fokus. Bukankah redha Allah terletak pada redha ibu bapa? Bila adanya redha Allah, insyaallah setiap ilmu yang kita belajar ADA BERKAT dan senang sahaja kita nak faham. Bila kita ada apa-apa masalah, kita senang nak settlekan especially bila berkaitan dengan penyakit yang memerlukan medical check-up setiap bulan. Bukan tu sahaja, setiap tahun dan bulan kita boleh balik rumah untuk lepaskan rindu pada umi abi dan berkumpul dengan 7 orang adik beradik yang lain. Tambahan pula, bila jadi "along", tanggungjawab untuk keluarga tu extra sikit. Kadang-kadang ada emergency, kita yang pertama perlu pulang dan settlekannya.
Itu pandangan saya. Saya pasti anda berpandangan lain. Tepuklah dada anda dan tanya diri mana satu yang berkenan di hati. Dan jika masih tiada jawapan, solat istkharahlah meminta petunjuk dari Allah. Insyallah, DIA kan selalu ada dengan kita. Mesti DIA tahu apa yang tebaik untuk hamba-hambaNYA. :)
Last but not least, WHEN YOU HAVE TAKE A DECISOIN, PUT YOUR TRUST IN ALLAH. CERTAINLY, ALLAH LOVE TO THOSE WHO PUT THEIR TRUST IN HIM.

relaxsaje.blogspot.com, kita sabar ye bila tengok orang lain gi oversea. nanti bila dah bkerjaya dan dapat gaji 3K satu bulan, kita round2 satu dunia!
1 comment:
ohoo. Hanya Allah saja tahu kemampuan kita,takdir kita dipertemukan di usim. Hehe. Mungkin xdpt belajar di luar ngra, tapi bekerja disana ok gak :)
Post a Comment