Makin menghampiri THE LAST TEN OF RAMADHAN
Apa persediaan?
Andainya ini ramadhan yang terakhir layakkah kita berhari raya?
Kita tak tahu kan?
Berapa panjang lagi umur kita? [entah]
Berapa tahun lagi kita akan hidup? [entah]
Tapi Allah baiiiiik sangat kat hamba2NYA
1) Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan.
Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan.
Ibadat sunat pula mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan.
Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.
*SolatWajib {5 x 70 = 350/hari} dan {350/hari x 30 hari Ramadhan = 10500/bulan)
*Yang sunat pulak? wuish tak terkira.
2) Lailatul Qadr
Allah bagi gerenti kat kita yang kita sendiri tak tahu bila kita mati.
Dengan cara, Allah kurniakan Lailatul Qadr kat kita.
Biar kita dapat pahala mcm 1000 bulan kita hidup hanya dengan menghidupkan lailatul qadr.
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)
*20 tahun x 12 bulan = 240 bulan
*1000 bulan / 12 bulan = 83 tahun
* Maknanya Lailatul Qadr = 1000 bulan = 83 tahun kita hidup
*wuish dahsyat..
"Allahumma kama ballighna ramadhan fa ballighna lailatalqadri ya Allah"
[ya Allah, sepertimana Engkau sampaikan kami di bulan ramadhan ini, maka sampaikanlah kami pada malam lailatulqadr]
Kita selalu mintak agar sampaikan di bulan ramadhan tapi kadang2 lupa nak mohon agar disampaikan pada malam yg lebih baik dari seribu bulan..
Antara analogi2 yang best tentang Ramadhan :
[1] Ramadhan sebagai tetamu kita, datang bersama isterinya, Puasa, 3 anaknya, Maghfirah, Rahmah dan Pembebasan dari api neraka dan ditemani sahabat karibnya AlQur'an. Kedatangannya bawa 1001 fadhilat, yg sekecil2 sunnah dibalas berganda, apatah lagi perkara wajib.
[2] Ramadhan ibarat sekolah, madrasah dan universiti. Tidak semua manusia terpilih memasukinya. Padanya ada silibus dan kursus2 yg menjanjikan ijazah TAQWA kepada graduan yg cemerlang. Melangkah memasuki gerbang universiti perlu persediaan, tak kiralah dari segi apa pun - jasmani rohani dan aqli.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :
- Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Membaca AlQuran dan Bersedeqah.
- Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
- Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Jom cari Lailatul Qadar !
Maksudnya : " dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul " . ( Surah al-Baqarah ayat: 186 )
No comments:
Post a Comment