melihat pokok sepoi-sepoi bahasa digoyangkan oleh angin.
melihat awan bergerak
melihat matahari naik dan naik
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam, Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang, Pemilik Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" Alfatihah 1-7
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya
NIKMAT HADIAH HARI JADI!
Alhamdulillah inilah hadiah harijadi yang terhebat dari Allah! Yang mencipta dan menguruskan semua makhluk di dunia termasuk diri aku sendiri. Allahuakbar! Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan kepadaku dan sekeluarga untuk beriktikaf 1 hari di masjid Ghufran pada 27 Ramadhan tahun ini, padahal sehari sebelumnya "Allah Bagi Cuti" untuk aku. Dan selalunya setiap tahun, 10 terakhir aku mesti miss, sebab "Allah Bagi Cuti" untuk aku.
Tapi tahun ini, Allah yang maha hebat dalam mengurus setiap urusan hamba-hambanya, memberikan aku kesempatan! Allahuakbar! Alhamdulillah!
Allah, andainya hari ini malam lailatulqadar, aku amat bersyukur padaMu, memberikan aku kesempatan untuk mendapat malam yang lebih baik 1000 bulan.
Allah, andainya hari ini malam lailatulqadar, aku amat bersyukur padaMu, memberikan aku kesempatan untuk beribadah bersama para malaikat.
Allah, Kau Maha Hebat! Aku akuinya ya Rabb!
Allah Kau Maha Penyayang! Aku akuinya ya Tuhan!
Allah, andainya hari ini malam lailatulqadar, aku amat bersyukur padaMu, memberikan aku kesempatan untuk meraih redha dan cintaMu.
Allah, andainya ramadhan yang terakhir, maka terimalah semua amalan-amalanku, maka ampunkanlah dosa-dosaku. Aku insan yang lemah! Aku hamba yang lemah dalam perjuangan kehidupan ini! Allahuakbar!
Andainya ini ramadhan terakhir? Layakkah aku berhari raya?
^_________________^
............................
Berkesempatan berjumpa adik Nurul Islah Mohd Shah (13 tahun) di sini. Ketika dia dilahirkan, dia adlah seorang budak normal. Berlari bermain seperti kanak-kanak biasa. (aku selalu ke rumahnya dulu). Namun, Allah Maha Hebat, ketika dia berumur 9 tahun, semua berubah. Dia menghidap brain tumor dan akhirnya mengkibatkan sistem sarafnya terjejas.
FYI, Brain Tumor bukan keturunan!
Adik saya, Hasnin Naabihah (15 tahun) juga begitu. Dilahirkan dalam keadaan normal, namun ketika 8 bulan, batuk yang kuat untuk baby sekecil dia mengakibatkan sistem pendengaran terjejas. Dan sistem percakapannya tutut terjejas.
FYI, nenek atuk saya tiada sebegitu!
dan ketika aku membaca alquran selepas subuh di masjid ini, Allah bagi aku ayat ini,
"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu" Al-a'anam;17
Dan alhamdulillah, masing2 sedang bersekolah meneruskan pembelajarn mereka di Sek Ampangan Seremban dan SAAS Kajang.
walaupun mereka begitu, mereka boleh membaca alquraan!
walaupun mereka begitu, mereka hebat!
walaupun mereka begitu, mereka kuat!
dan walaupun mereka begitu, wajah mereka cantik! (aku x nafikan, orang akan cakap dia kakak :p)
.............................................
2 comments:
alhamdulillah bagusnya sekeluarga beriktikaf di masjid...
Kadangkala Allah turunkan rezeki melalui insan istimewa.. hargailah mereka..dan kita patut bersyukur sebab bukan kita yang dapat begitu tapi dia sanggup terima dugaan yang besar dan mereka sangat hebat.
Assalamualaikum.
Hasnin, tetibe akk teringin nk jumpe awk n adik beradik awk yg lain. mesti sume da besa2 kan. especially nabihah. kalau rajin, nnti upload la gmbr mereka :)
Post a Comment