Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,
Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Peringatan bukan sekadar peringatan~ maka perlu aku lakukan?
http://ismamesir.wordpress.com/2008/08/17/tazkirah-persediaan-menghadapi-ramadhan/
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Persediaan | Cara |
Iman | 1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat). 2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. 3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17). 4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya). 5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). 6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu). |
Ilmu | 1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa. 2. Membaca buku-buku penyucian jiwa. 3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan. 4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan. |
Dakwah | 1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan. 2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar. 3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan. 4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah. (www.kembararamadhan.blogspot.com) 5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan. |
Keluarga | 1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu. 2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama. |
Keazaman | 1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik. 2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. 3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf. 4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat. 5. Sentiasa berlapang dada. 6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa. |
Jihad | 1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’. 2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur). 3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci. 4. Menahan syahwat dari perkara yang haram. 5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas. |
1 comment:
jadilah mereka yang bijak...
^_^
Post a Comment