Friday, April 1, 2011

Apa bukti kamu peduli Palestin?

Isu Palestin bukanlah isu bermusim yang hanya hangat ketika hebohnya Kapal Mavi Marmara.





Tapi ia adalah isu berpanjangan yang sentiasa perlu diingat dan dipaku kukuh dihati setiap muslim.





Kerana ia melibatkan isu aqidah + isu ukhuwah + isu jihad kita!






Pernahkah anda terfikir?





Mereka di Palestin menjadi BENTENG PERTAHANAN YANG PERTAMA dalam memastikan kita di Malaysia dapat hidup dengan SELESA setiap hari.

Sangat selesa!

Katil yang empuk!

Makanan yang belambak!

Bangun pagi je tak yah dengar letupan-letupan bom, das-das FT16 yang dilepaskan dan kereta kebal yang "bajet" menggerunkan!

Kita goyang kaki kat sini, mereka disana bermatian-matian!






Mungkinkah kerana maksiat yang kita lakukan setiap hari menyebabkan LAMBATnya PROSES PEMBEBASAN tanah PALESTIN?

Hanya kerana kelalaian dan dosa kita, mereka harus tanggung segala kekejaman Israel.
Yang Si ibu harus tabah apabila melihat anak-anak mereka yang tidak berdosa dibunuh.
Yang Si isteri harus sabar apabila suaminya keluar rumah dan akhirnya mati syahid
.
Yang Si kakak harus kuat apabila seluruh ahli keluarganya dibunuh.
Yang Si abang harus akur apabila rumah-rumah mereka dirobohkan oleh traktor-traktor "cacat" itu.






Apa bukti kamu peduli Palestin?
Apa buktinya?

Apa buktinya?






Yok,


Jom kita berusaha memboikot 4 barang-barang utama mereka yang "cacat" tu
,
(Nestle+McD(Kfc boleh)+CocaCola+L'oreal)



Jom kita pastikan ada bendera/peta/info Palestin di bilik, rumah, dan kereta kita, juga dimana-mana sahaja kita dicampakkan!






Moga-moga inilah hujah-hujah yang dapat kita jawab di akhirat kelak ketika dihisab.
Apabila ditanya :

APA YANG LAKUKAN DEMI PALESTIN?

APA BUKTI KAU PEDULI PALESTIN?





No comments: