Tuesday, December 7, 2010

Langkah Bermula

Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan
1) Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab.
Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan..

2)Tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia.
Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili.

Ulang-alik antara kedua2 tarikan ini adalah ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku. Kerana itu, orang-orang mukmin telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri, dan tanasuh saling nasihat-menasihati antara satu sama lain.

Memeriksa jiwa takut2 dihinggapi takabbur atau menolak kebenaran.
Memeriksa hati takut2 terseleweng.
Memeriksa ilmu dan iman takut2 tercampur baur dengan kekurangan yang membawa kepada meninggalkan suruhan Allah dan nasihat kebenaran.

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"
-Ibnu Rawaahah-
Kepentingan Thariq Amal & Fiqh Dakwah apabila kau mula lalai dengan tarikan kedua!!!!

"Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam"

-Maimun bin Mahran Rahimullah-



Program SOS (shift ourselves) memberikan aku kembali semangat hammasah yg tinggi.. dan itulah sebenarnya aku cari selama aku berada "di sini"..itulah perasaan berkobar2 yang pernah aku rasa ketika" di sana" dulu...aku rindu hammasah itu...aku rindu hari2 yang sepatutnya aku sibukkan dengan perkara2 yang besar dan penting dan bukannya hal2 yang remeh temeh...yang alahai seciput je tu...

Muntalaq,zadun 'ala thariq,thariq dakwah pernah aku baca dan sekarang aku perlu refresh balik..begitu juga dengan pengisian SH yang pernah aku hadiri ketika "di sana" dulu...semuanya perlu direcapkan kembali...

Ingat!!! tak kiralah awak berada disana atau disini, ikatan itu perlu!!!! j3Wavh itu perlu!!! yup!!! x boleh berada di tengah2!!!! Usah dibandingkan mana yang hebat selagi mana matlamatnya adalah ISLAM...

lepas ni masa aku dengan novel2 perlu dikurangkan kerana buku yang lebih besar matlamatnya haru aku baca!!!!

time belek2 buku muntalaq,tibe2 terjatuh penanda buku..
"Sifat rendah diri itu tidak menambahkan sesuatu kepada seseorang kecuali ketinggian darjat"
bila tengok kat belakang, eh kak iffahla bagi...huhuhu...rindu menggamit kalbu...
katanya, semoga ukhuwah dan hubungan dakwah yang terjalin mendapat tempat disisiNya..
yupp,sekarang baru saya mengerti 7 perkataan terakhir itu..




No comments: