Sunday, October 24, 2010

Hati=minyak enjin



Jumaat lepas selepas zohor, wlw 3184 dihantar ke bengkel untuk dibedah siasat.
Bagi melihat sama ada hatinya bersih atau tidak.
(servisla..jadinya tukar minyak hitam)

Bila pomen tu buat ape benda ntah, kuar air hitam dan cepat2 ditadah dalam bekas..
Dan itu maknanya, hati wlw 3184 dah hitam..

Bila hati kotor, badan rasa x sedap
asyik semput2 je
Bila hati kotor, ada je yang tak kena
nak bawak laju pun tak pickup
Bila hati dah kotor, maksudnya kita perlukan ubat pemutih dengan segera
Bila hati dah kotor, cepat2lah cuci nanti bertambah parah..
Bila hati dah parah, seluruh enjin dijangkiti virus kotornye hati
Bila dah macam tu,
Tiada jalan lain, kenalah tukar dan ganti dengan enjin yang baru..


Bila hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera,
Jika raja itu baik, maka baik pulalah tenteranya,
Jika raja itu buruk, maka buruk pula tenteranya.

1 comment:

little daie said...

bil hati kotor...cepat-cepatlah sucikannya kembali takut semakin menebal asap hitam

^_^