Friday, September 25, 2009

R I N D U~



Ya allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini,
telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapMu,
bertemu diatas ketaatan kepadaMu,
bersatu bagi memikul beban dakwahMu.
Hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariatMu.
Oleh itu, Ya Allah,
Engkau PERKUKUHKAN IKATANNYA dan Engkau KEKALKANLAH KEMESRAAN MAWADDAH (kasih sayang) antara kami.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifah (pengenalan sebenar) tentangMu.
Jika Engkau takdirkan kami mati, matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik penolong.
Ya Allah,perkenankanlah doa kami...

rindu semua..
rindu kakak jugak banyak2!! i B u~

Sabda baginda Rasulallah s.a.w:
"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"

...Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah....

inni uhibbuki fillah
sesungguhnya saya sayang kamu kerana Allah..

((moga persahabatan keranaNya ni sentiasa dinaungi rahmatNya))

i B u kakak!

1 comment:

Anonymous said...

buShuK:)