Saturday, July 18, 2009

let's take the 'ibrah~



ayuh kalam sakan isra' mikraj!!tersirat pelbagai hikmah disebaliknya..jom jadi ulul albaab!!kerna beruntunglah bagi mereka yang berfikir....

27 rejab....
Baginda dihadiahkan olehNya hadiah yang paling istimewa bagi mengubat lukalara dihati...IsRa' MiKrAj...

Setelah kematian 2 orang yang baginda sangat sayangi,
>>Isteri tercinta, Khadijah Khuwailid..
sayap kanan baginda dalam kehidupan dan perjalanan dakwah,bayangkan kalau burung x de sayap,,macam mana tu?
>>Abu Talib, bapa saudaranya...tulang belakang kepada tersebarnya dakwah Rasulullah saw. Hormatnya musyrikin Makkah terhadap Abu Talib membataskan mereka dari terus mendera Rasullah saw, bayangkan dakwah Rasulullah saw tanpa Abu Talib,,macam mana tu?

Setelah dakwah baginda di Taif ditolak sekeras-kerasnya oleh penduduk disitu..mereka membaling batu,pasir sebagai tanda mereka tidak menyenangi kehadiran baginda dan Zaid bin Harithah. Nak tahu tak, sampaikan kulit kepala baginda terkoyak..selamaba je kan buat nabi kita,rasulallah s.a.w macam tu??

Oleh itu, Rasulallah dibawa ke Lembah Ummu Hani,disucikan hatinya,dipenuhi dadanya dengan hikmah keimanan sebagai bekalan berjumpa Allah.

Sepanjang perjalanan isra' mikraj tersebut, terdapat pelbagai kisah yang perlu diambil iktibar sebagai mentaghyirkan diri jika sedang lalai dan leka dengan perhiasan dunia sekarang!!!
(khusus untuk budak akaun yang duduk bilik 4 orang rumah no A351)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


1- Satu kaum bercucuk tanam. Setelah tanamannya mengeluarkan hasil,dituainya pula keesokan hari. Tuai dan tanam. Tuai dan tanam. Tuai dan tanam. Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Mereka itu berjihad di jalan Allah. Setiap satu amalan dilipatgandakan 700 kali ganda. Ibarat satu benih mengeluarkan 7 tangkai yang pada setiap tangkai ada 100 butir.

2- Satu kaum kepala dipecahkan dan dihempapkan kepala ke batu. Setiap kali hancur, ia kembali seperti sediakala. Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Mereka itulah yang meninggalkan dan malas melakukan solat fardhu dan perkara wajib.

3- Satu kaum yang memakan dan meminum nanah-nanah kotor, buah berduri dan benda2 terdapat dalam jahannam. Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Mereka adalah manusia yang tidak menunaikan zakat dan harta mereka bercampur dengan benda-benda haram.

4- Satu kaum dihadapan mereka daging elok dan baru, tetapi mereka meninggalkannya dan memakan daging yang busuk di tepinya. Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Suami yang mempunyai isteri yang baik dan halal, tetapi menganiyai isterinya dan meniduri wanita lain. Begitu juga sebaliknya.

5- Pemandangan kayu-kayu di jalan. Kayu tersebut akan mengoyakkan kain-kain mereka yang lalulalang. Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Mereka adalah ibarat sebahagian umatamu yang suka duduk di tepi jalan menghalang orang lalu lalang.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
on iman

6- Seorang lelaki yang mengumpulkan kayu dan bebanan yang berat di belakangnya sehingga terus menambah. Nabi kehairanan,lalu bertanya:Siapa mereka?...Mereka yang memikul amanah manusia,tetapi memikul juga amanah-amanah yang lain..(I'm full time muslim,no part time)

7- Mereka yang memotong lidah sehingga lidah kembali sediakala.Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Mereka adalah ahli pemidato ynag membawa fitnah

8- Satu lubang yang kecil, keluar seekor lembu yang besar. Kemudian lembu tersebut ingin masuk kembali ke dalam lubang yang kecil itu. Baginda bertanya pada malaikat jibril:Siapa mereka?...Mereka itu adalah golongan manusia yang mengeluarkan kata-kata dosa dan mereka tidak boleh menarik kembali kata-kata mereka.

9- Seorang tua di tepi jalan. Dilihat begitu tua dan hodoh sekali. Ditanya, siapa itu?...Dikatakan itulah umur dunia yang hampir mati..MAksudnya dah nak kiamatla..eyt,,amalan dah cukup ke? dah berat ke neraca?

10- Terdengar suara-suara "kesini ya muhammmad". Malaikta jibril berkata usah dilayan. Itu adalah iblis yang ingin menyesatkan kamu dan UMATmu!!!

Sesampainya di masjidil aqsa,baginda menunaikan solat 2 rakaat kemudian keluar untuk meneruskna perjalanan. Baginda ditawarkan oleh malaikat dua biji gelasyang diisi arak dan susu. Baginda memilih susu dan malaikat berkata: Sesungguhnya engkau telah menepati fitrah manusia. Ajaran yang kau bawa itu seperti suci putih bersih. Dan yang begitulah manusia inginkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: