Tuesday, May 5, 2009

surat wasiat untuk aku/kamu/dia

Assalamualaikum..Apa khabar rohanimu sepanjang cuti SPM ini? Sakit? Sihat? Moga-moga sentiasa berada di jalan yang sama seperti dulu..jalanNYA yang satu..

Dengarnya, sebentar sahaja lagi kamu akan melangkah ke alam kampus..bakal menjadi mahasiswa ye..sudah berubah tittle kita nampaknya, dari kanak-kanak tadika ke murid sekolah kemudian ke pelajar sekolah menengah dan seterusnya kini bakal bergelar MAHASISWA..

Tidak kiralah dimana halatuju kita selepas ini, samada matrikulasi, uitm, utm, usim, upm, ipts mahupun ke overC..Pasti semua sudah teruja mahu mempelajari ilmu baru, mahu merasai suasana kampus yang amat berlainan daripada alam persekolahan..basuh baju sendiri,belajar sendiri,dan semuanya sendiri..pendek kata, you have to survive!!! ye..berdiri di kaki sendiri!!!! Tiada umi/abi/mama/papa/ayah/ibu/abah/emak/daddy/mommy yang datang menolong dan membantumu..

Mulai titik itu, semuanya diatas kehendakmu sendiri..pilihan perkara yang baik ataupun buruk hanya terletak di tanganmu sahaja..kamu hanya perlu memilih..mahu jalan yang soleh wa musleh ataupun jalan yang punya debu-debu jahiliyah??..MANA SATU PILIHAN KALBUmu? Tepuk dada,, tanyalah iman..

Teman,
Islam mengajar kita pelbagai adab. Adab makan, solat, berkawan, menziarah orang sakit dan sebagainya..Begitu jugalah adab kita sebagai seorang muslim dengan nafsunya..Aku yakin nafsu di alam kampus pasti akan membuas sekiranya tidak dijaga dan dipelihara..lantas yang akan memilih jalan itu bukannya aqal tapi nafsu..kamu mahu nafsu mengetuai seluruh perjalanan hidupmu???

Yok, teman-teman..pastikan rohani kita HEBAT..
Pertamanya, murnikanlah jiwamu dengan ibadat agar kita sentiasa sedar,waspada,dan berjaga-jaga dari putar belit syaitan yang suka menipu..jika digoda dengan godaannya dalam detik-detik futur, secara cepatnya disedarkan lantas celik mohon KEKUATAN..

Nak ke darjah tinggi dan yang susah didaki pastinya memerlukan sahabat-sahabat soleh dan majlis-majlis iman..majlis yang dipenuhi zikrullah, perbincangan mengenai Islam dan keagungan mendidik diri dan masyarakat..dan impaknya, wau!! wah!! ROHMU JADI BERSIH, HATIMU JADI JERNIH, JIWA JADI MURNI, dan DIRI DIRESAPI KEMANISAN IMAN..

Seterusnya, lazimilah diri dengan doa-doa mathur..berikan SENAMAN dan LATIHAN ROHANI pada jasadmu..seerah Rasulallah membuktikan jiwa para sahabat bersinar dan semangat mereka menyala-nyala setelah rohani mereka ditarbiah oleh baginda..J0m LATIH SAYAP ROHANI SUPAYA MAMPU TERBANG TINGGI!!!!

Akhir kalamku,
Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan. Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan.
Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, nescaya ia akan melupakan kesenangan jasmani yang kecil...

b0nd never dies~mem0ri silam jadikan ped0man untuk hari mendatang..bitaufiqwannajah ye semua..










2 comments:

Nabilah said...

terima kasih hasnin :D

tersentuh.

Ateey said...

alamak hasnin...

rohani skrg tgh tenat ar..

huwh...

nk kene pg hantar workshop balek..

heheee..