Monday, April 13, 2009

dia~

Tahun 2002 mencatat sejarah..pertama kali menjejakkan kaki di sekolah "Yang Benar" itu..
Along di darjah 5,Angah di darjah 4. Masing-masing cuba menyesuaikan diri..
Seingat along, kemana sahaja angah akan pergi, pasti angah akan bersama mereka, Sulaym Ahmad Jamali dan Muadz Azhar..bagaikan belangkas..

2003..Angah meneruskan pelajarannya di darjah 5. Lumrah Kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tahun itu, Muadz berpindah ke Dubai, mengikut ayah dan keluarganya. Terpapar kesedihan di wajahmu,angah..

Tapi Alhamdulillah..ukhuwah tidak akan putus meskipun jauh dimata..sepanjang tahun tersebut, abi je selalu pergi Dubai..meluaskan lagi empayarnya..Pak Cik Azharlah yang selalu membantu mendapatkan projek, menguruskan tempat penginapan dan sebagainya..
Pernah satu masa, alang-alang abi ke rumah pak cik Azhar, angah menghubungi dia,,bertanya khabar antara satu sama lain..
Bukan itu sahaja, bahkan angah sering berutus surat dengan dia..menceritakan pengalaman dan kehidupan masing-masing di tempat yang berbeza..
Kalau abi pulang dari Dubai, ada sahaja barang yang dikirimkan oleh dia untuk angah..Masih tersimpan hadiah itu di bilik angah..Masih tersimpan surat itu di bilik angah..Masih tersimpan gambar angah bersamanya~

Semalam..angah sms umi...
"Muadz dalam keadaan kritikal..camne nak wat?" sayu sahaja kelihatannya..

Umi membalas...
"Doa saja biar Allah beri kelapangan semasa penghujungnya dalam redha Allah. Masa remaja adalah masa paling berharga bagi mereka yang masih diberi nyawa/peluang oleh Allah. Manfaatkan dengan jalan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T"

Monologku..ya angah..gunakanlah masa remaja itu sebaiknya..pasti dia ingin berjumpa angah di syurga sana kelak..ya angah..mati tidak mengira usia..ya angah..yok,,sama-sama buang jahilliah dan sama-sama kuatkan jaiti diri dan sama-sama memberatkan neraca amal..ya angah..sahabat tidak akan bersama selamanya dengan kita, tapi ukhuwah itu akan terasa sampai bila-bila........

No comments: