Sunday, February 22, 2009

nyalaan HAMMASAH!!

Perjuangan kita takkan berakhir sebagaimana ia bermula hari ini.
Manusia yang sentiasa berada dalam ketenangan dan kesenangan takkan merasai nikmat IMAN dan ISLAM dengan sebenarnya.
Jangan menjadikan diri salah seorang penganut fahaman "AKU TAK PEDULISME"
Bangkitlah!!
Tegakkan syiar Islam diatas muka bumi ini.
Jika bukan anda, siapa lagi yang diharapkan oleh ummah????
HA ANNAZAK~~akulah orangnya!!
Bila hati cintakan Islam, masa terlalu singkat buatmu kerana gerak kerja Islam
terlalu banyak menantimu. Ingatlah ALLAH pada setiap langkahan perkiraan masamu.
Perjuangan kita perjuangan payah, peluh, air mata dan mungkin darah. Bila aku menjejak tapak ke pepasir kaca, biarlah kita beriringan sebagai pejuang. Bila aku katakan padamu "perjuangan itu pahit", kau sahutlah kembali "syurga itu manis"
Jika ketenangan dan keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita sehingga suatu masa, kita akan rasa indahnya TAWAKAL kepadaNya. Itulah nikmat dalam jaganNya.
Hati itu ibarat berlian begemerlapan dan tiap ukhuwah yang terjalin adalah penguat sinarnya..maka simpanlah setiap satunya di hati, agar ukhuwah yang terjalin berkekalan..

No comments: