Sunday, December 14, 2008

Rijal dan madrasah malam


Rijal dan Madrasah Malam....

Assalamualaikum wbt..

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih diberikan kesempatan utk menulis sesuatu sebagai peringatan buat diri ana khususnya dan kita bersama. Sesungguhnya terlalu banyak masa yg telah Allah swt kurniakan kepada kita, akan tetapi adakah kita telah menggunakan masa yg dimiliki dengan sebaiknya dan seoptimum mungkin...benarlah sabda baginda Ar-Rasul s.a.w bahawa dunia nikmat yg sering manusia leka dan lalai daripanya iaitu nikmat sihat dan masa lapang..


Sujud di mihrab, bemunajat kepada Allah, menangis memonhon keampunan dan taubat merupakan sifat bagi seorang yg beriman. Jika seseorang yg melakukan kemaksiatan kepada Allah merasakan harta, kuasa dan segala kemewahan dunia syurga, seorang yg hidup imannya dan hatinya akan merasakan syurga bagi dirinya adalah di tempat sujud.

Sesungguhnya dakwah Islam pada hari ini tidak akan tertegak melainkan wujud disana golongan pemuda dan pemudi yg penuh mujahadah menghidupkan madrasah malam..Jahiliah pada hari ini tidak mampu dipadamkan melainkan hidup jiwa-jiwa yg dipenuhi nur keimanan. Diwajah mereka terpancar cahaya lantas mampu menerangi kegelapan masyarakat disekeling meraka. ana teringat bait-bait syair yg sangat indah yg telah dinukilkan oleh Iqbal:-

“Aku mengangis tika malam tenang dan hening. Manusia sedang tidur namun air mataku berguguran.

Ruhku dihangati kedukaan dan kesedihan. Wirid ‘ya qayyum’ temanku dalam kegelapan.

Aku umpama lilin dan air mataku menyucikanku. Dalam kegelapan malam ku nyalakan oborku.

Orang ramai berkumpul mendapatkan cahaya dengan nurku. Ku nyalakan api dan membakar diriku.”


Adakah kita telah memperuntukkan sedikit waktu didalam kehidupan kita utk bermunajat kepada Allah swt. Menagis, memohon keampunan, solat dan berzikir bagi menerangi hati dan sanubari kita? Kadang-kadang, kita terlalu sibuk memenuhi tuntutan dunia sehingga kita melupakan tuntutan ruhi. Peribadi yg tidak menghidupkan madrasah malam akan merasakan kekeringan dalam hidup mereka. Jiwa yg hidup, jiwa yg subur, jiwa yg penuh tenang adalah jiwa yg lahir dari pendidikan madrasah malam yg penuh kesungguhan.

Abdul Wahhab ‘Azzam pernah bertanya waktu malam apakah rahsianya yang paling indah. Lalu malam memberikan jawapan ia adalah keadaan orang beriman dan melakukan dosa yang dapat menemui waktu yang tepat untuk beribadat. Dengarkanlah dialog mereka:

“Aku bertanya kepada malam: Berapakah rahsia yang kedapatan pada dadamu? Beritahulah kepadaku rahsia yang paling indah.

Ia menjawab: Tiada rahsia yang paling bercahaya di dalam kegelapanku yang melebihi air mata orang yang bertaubat pada waktu sahur.”

Bishr bin al-Harith al-Hafiyy telah memberikan petunjuk kepada kita melalui kata2nya:-

“Cukuplah untuk anda tahu bahawa terdapat segolongan manusia yang sudah mati tetapi dengan mengingati mereka hati akan hidup. Sebaliknya terdapat juga segolongan manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.”

Golongan pertama itu wujud kerana mereka menghidupkan malam mereka dan memanfaatkan masa siang, Pada dahi mereka terdapat tanda sujud kepada tuhan, dan nur cahaya yang bergemerlapan. Nur ini akhirnya mampu menerangi gerenasi kemudian. Inilah madrasah yg telah dilalui oleh generasi para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ketika malam, mereka ibarat pendeta yang tekun beribadat, tetapi ketika berjihad mereka adalah pahlawan yang paling berani.

Mudah-mudahan kita dikurniakan Allah pengampunan yg melangit luas. Menggantikan segala kesalahan kita dengan kebaikan yang pahalanya tidak akan habis. Semua keampunan ini hanya untuk hamba yang bersegera bertaubat kepadaNya dimalam hari.

Ayuh, hidupkanlah madrasah malam kita bersama!!!

Wallahualam

No comments: