>>2004<<
pada mulanya, takut dan gementar menyelubungi diri, ialah pertama kali melangkah ke sekolah menengah hira' jeram tambah lagi berjauhan dengan umi dan abi. :) biasalah menangis dan homesick tu sudah menjadi kebiasaan(cewah). Dengan penceritaan mengenai hantu,benda-benda tu daripada saudara-saudara menaikkan lagi bulu roma dan mengganggu untuk tidur dengan nyenyak. Tapi, pada saat inilah aku diperkenalkan dengan tarbiah, usrah, iman, islam dan sebagainya..kefahaman aku mula bercambah ibarat kacang hijau yang diletakkan diatas tisu basah..mana taknya berusrah dengan kak aisyah rashid dan kak atiqah zulkifli(entah diorg kat mana skrg) bersama fahima, asral wijhan, dan tengku suhailah..4 orang jer..dan satu usrah ini berada dalam satu dorm(dorm khadijah)..wah,,menakjubkan bila difikir kembali!!
>>2005<<
tahun ini pula masih senyap..yela..orang baru..x rapat sangat dengan budak2 sek ren hira'..jadinya berseorangan..berada di kelas yang agak-agak nakal iaitu 2 qayyim..macam-macam nickname untuk semua kelas Tingkatan 2. Qayyim meow(akibatnya kucing selalu datang dan berak kat situ,,pergh!!),,taimiyah terror(memang pun,sebab sumer budak-budak pandai kat situ),,jauzi juara(setiap minggu menang keceriaan dan kebersihan,benci).usrah dengan mlmh aniza, ahli usrah ni ramai..7 orang..atiqah, fadhlin,maryam shakirah,ruqayyah,nafisah,hajar hamidon,best!! rehlah bbq kat pantai remis. banyak sangat makan time tu!!
>>2006<<
takut jugak tahun ni kan pmr..tahun inilah bermulanya tahun tension..aduh,,pening!!dengan tanggungjawab BADAR yang agak berat untuk dipikul dan periksa..mana satu perlu diutamakan?? fuh, selalu je mengeluh..saat inilah ujian tarbiah bermula..usrah dengan mlmh zaleha(mlmh ni pakai purdah dan pandai memasak) dan juga fahima, hajar hamidon, dalilah dan asral wijhan..lihatlah, orangnya sama bukan!! alhamdululillah, usrah inilah yang menceriakan kalau ana sedih senyap-senyap( diriku sahaja yang mengetahuinya)..ekb form 3 dekat bukit cerakah,,berfasikan kak iffah,,dengan teman2 seperti kak nabilah,syasya,aisyah ziyadi,hannah,dan mawaddah. yang tak sukanya, setiap kali nak masak, api mesti tak hidup..kenala menumpang dapur group belakang. ada sekali tu sampai supa ayam xde rasa sebab lupa nak letak garam. malam-malam masuk hutan, xde guide, hanya bertemankan torchlight..sampaikan aku gara-gara jatuh ke dalam gaung..hehe menjerit nama umi,,hannah marah "susah-susah macam ni kena sebut ALLAHla!!" baikla!!

>>2007<<
tahun yang tidak dianggap terakhir pada mulanya inilah tahun yang tension,ditimpa ujian tarbiah dan ukhuwah..asyik keluar air mata je..tapi certain2 orng jela yang tahu..usrah tahun ni paling best dan menjadi kenangan sampai bila2..usrah mlmh zuraini, kak taqiah, amal, syuhada' dan ili diyana..yang menariknya, sampaikan kitaorg gi merewang kat johor time mlmh nak kahwin..naik bas tu..survive sendiri!!lagi satu, kena jadi fasi ekb bdk2 form2 kat gombak..ana dan kak taqiah je yang kiranya x berpangkatla dlm psfm..rendah diri jugak tapi atas dasar nak ubah perangai adik2 tercinta..kami teruskan, kan kak taqiah??

>>2008<<
berpindah ke sekolah alamin bangi,,malunya jumpa dengan diaorg balik..secara jujurnya, 7 bulan diambil untuk membiasakan diri di sekolah dan suasana yang baru..ala, biasalah tu..tapi dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai pen ketua kelas,cuba untuk merapatkan ukhuwah kelas 5 ibnu sina!! gunakan kuasa yang x seberapa. Alhadulillah, akhirnya bertaut juga hati kita kan atiqah,iman,syikin,kak aqeen,'awatif,mar,syera,syza,dan cet..syukran mlmh syikin ahmad, krn dialah yang memberi kekuatan untuk menyatukan hati-hati kami..seterusnya menjadikan ingatan sampai sekarang!

wahai teman2, adik2::
hargailah persahabatan, kerana dengan ianya sahaja kita menemui kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..jangan cepat mengalah walaupun ujian itu seringkali merobek hati, melemahkan diri, dan menitiskan air mata..jangan sekali-kali cuba mengambil jalan singkat bagi mengelak mehnah tersebut..ketahuilah,, tribulasi itulah yang mematangkan diri, yang menjadikan diri kita lebih kental dan kuat!! andai egkau cuba untuk melarikan diri, ketahuilah,, ujian yang lebih hebat sedang menantimu. lantaran itu, kuatkanlah dirimu!! kuatkanlah dirimu!! kuatkanlah dirimu!! kerna satu hari nanti, engkau akan sedar betapa manisnya perjuangan yang penuh dengan onak dan duri itu.
1 fikrah, 1 tarbiah, 1 konsisten!!
4 comments:
what a luvly story....*giggle*
see... im the first one to read ur story~
betape setia nye ana dgn blog nti!
Salam'alaiki...
Syukran ya ukhti.
Jazakillah wa barakallahulaka fi malika wa ahlika.
Moga menjadi suatu semangat buat kami menempuh alam perit getir ..
Allahumma inni dho'ifun faqowwini..
Ila liqo'
Assalamualaikum..
cerita kt agak sama tp ada elemen yg berbeza..
h03..terbalikkan sekolahnya kot..
tp terus terang ana kata,wlpn d Hira' ana dpt fikrahnya secara takrif dn takwin,tp tanfiz ana d Al-Amin.:D senang cerita, tarbiyyah itu dr Allah dn sekolah itu wasilahNya..
lg perkara,
rs cam familiar jea nama2 tuh..:D
subhanAllah~ade jugak ye nama k'iffah terselit kat lipatan hidup nt..shukran ya ukht~heh..
Post a Comment